Sunday, January 10, 2016

Restaurant Review : Twenty & Co Shah Alam

 Hello there!!! How was your weekend? Ok semalam Sue berkesempatan try 1 cafe hipster di Shah Alam. Recommendation by my fellow friend Aini Talib. Akak memang suka cuba cafe hipster yang makin tumbuh bak cendawan lepas hujan.

Salah satu cita-cita nak juga buka cafe, tapi high end cafe ni selalunya perlukan modal yang besar ratusan ribu ringgit. Perlu ambil masa yang panjang untuk dapatkan "breakeven". Bisnes yang Sue dah usahakan selama 2 tahun ni...dah bantu Sue pulang modal dan keuntungan sampai RM 40,000 hanya dengan bisnes hujung jari dan tak perlu bayar overhead cost.

Ok melalut pula kan?? Twenty & Co cafe ni bertempat di Plaza Azalea Shah Alam berdekatan dengan masjid Shah Alam dan Plaza Perangsang. Cafe 2 tingkat dan berada di unit corner lot memang mudah untuk menarik pelanggan datang mencuba. Sue dan 3 lagi kawan masing-masing order menu yang berlainan untuk cuba rasa. Jom tengok apa kami order.



Nasi goreng sedap..lupa nama apa...harga RM 32 sepinggan kalau tak silap. Ayam goreng L tu memang besar ok.


English breakfast set RM 20 sepinggan. Omelet dan beef tu memang nampak menyelerakan.


Club sandwich yang dihidangkan atas alas papan alas yang buatkan food serving and plating lebih cantik dan membangkitkan selera pengunjung. Jom tengok dessert pula.


Iced chocolate dan Nutella pie yang sedap..total price RM 26 sahaja.


Strawberry hot chocolate dan nutella pavlova. Cara nak minum strawberry hot chocolate tu...you all perlu masukkan paste strawberry yang diberikan ke dalam hot chocolate. Begitulah cara menikmatinya.

Overall Sue memang suka cafe ni sebab sangat cosy dengan background music yang memang top hits dan pastinya di cafe inilah kita boleh face to face dengan ramai artis yang berkunjung untuk makan di cafe ni. Antara artis yang mengunjungi cafe semasa kami di sana ialah Jaafar Onn dan seorang lagi pelakon wanita baru yang meningkat naik selepas berlakon dalam Drama bersiri Jodoh lakonan Scha Alyahya.


Thank you CDM Shaliza Aziz and Diamonds of thediamondcircle business group. Banyak yang kami bincangkan tentang hala tuju bisnes online kami untuk hasilkan jualan mencecah ratusan ribu dalam masa 6 bulan hanya dengan online dan tanpa kedai.

So kalau you all berkesempatan untuk ke Shah Alam...jangan lupa singgah di Cafe Twenty & Co ye 


Salam sayang,
Suhaili Isa
Suhaili1984@gmail.com

P/s: You all suka makan macam Sue? Tapi nak maintain kurus tak? Lepas Sue makan macam2...Sue akan detoks balik dengan Setkurusbajet yang terdiri daripada Mineral coffee, Bvalfalfa drink dan Garlic tablet. Semasa makan di kafe...Sue akan pastikan Premiun Beautiful wajib dah pakai supaya tak terlebih makan dan perut cepat kenyang.