Thursday, October 20, 2016

Quick getaway with family : Port Dickson

Cuti Maal Hijrah baru-baru ni...Sue bawa family & parents bercuti ke Port Dickson. Seronok mak dan ayah dapat berehat tengok laut sambil makan seafood. Kami bertolak hari Ahad petang dan check in di Ancasa Residences. Disebabkan dah book awal, jadi tak perlu tunggu lama untuk dapatkan bilik. 


Apartment 2 bilik yang sangat spacious harga RM 270 semalam. Best sebab apartment kami menghadap laut. Angin kuat sangat bertiup petang tu. Sesudah solat maghrib kami keluar nak cari seafood. Semua restoren penuh di Teluk Kemang...jadi kami drive jauh sikit. Kami makan di Medan Ikan Bakar Kampung Telok Pasir Panjang. Disebabkan ramai orang...kami menunggu hampir 2 jam jugak untuk rasa Ikan Jenahak bakar, Ikan Siakap 3 rasa, butter prawn, sotong goreng tepung dan ketam masak pedas. Tak sempat nak amek gambar dah sebab perut lapar sangat. 😂😂😂😂



Harga total kami bayar hanya RM 120 je untuk 5 orang dewasa makan. Gila murah berbanding kat KL nih.... Lepas makan terus balik apartment dan ambil angin malam. 



Keesokannya kids bangun as early as 6.30pm nak pegi mandi laut. Tapi air tengah pasang dan ribut. 


                                                               

Sebelum check out...kami ke pantai main pasir dan mandi laut.



Seronok bawa parents berjalan-jalan. Mak dan ayah Sue dah cecah umur 65tahun. Alhamdulillah masih sihat bertenaga. Ayah selepas dapat minor strok tahun 2012, alhamdulillah dah boleh gerak dan berjalan seperti biasa. Alhamdulillah dengan bantuan medical dan juga Sue guna Biovelocity Sleepmate untuk repair semua saraf yang lumpuh dan rosak. Sue syorkan you all try Biovelocity Sleepmate ye.



Walaupun trip hanya 2 hari 1 malam di Port Dickson, tapi kami semua memang sangat happy dan enjoy the trip. Sue dapat rasa kebahagiaan mak dan ayah Sue bila mereka diberi kesempatan untuk lihat anak mereka membesar dan kemudiannya dapat lihat cucu mereka bermain sambil menikmati keindahan lautan ciptaan Allah SWT. 



Jangan lupa...jenguklah ayah dan mak di kampung. Bawa mereka keluar berjalan. Takkan habis rezeki anak2 yang menggembirakan hati ibu bapa.



Love,
Suhaili Isa


No comments:

Post a Comment