Thursday, October 20, 2016

Pes Tom Yum Thai sedap

Thank you everyone yang support beli Thai Tom Yum paste ni. Actually Sue just bantu you all beli daripada kawan di Perlis. Kira macam personal shopper je. 

Thai tom yum yang Sue dah check kesahihan halal dan sedap ialah bran Madam Pum dan Kung Thai Brand. Both brands daripada pengilang yang sama V-Thai Food. 

 Ada 2 size pes tomyam:
454gm : RM 14
900gm : RM 18

Harga pos flat rate Semenanjung Malaysia: RM 10

Tapi selalunya susah nak dapat stok untuk 900gm tu. Jadi bagi mereka yang nak order pes tomyam direct from Perlis, boleh terus je whatsapp Sue di 012-6842560. Sue akan collect order setiap akhir bulan dan stok akan sampai dalam masa 1 minggu kalau tiada sebarang halangan.



 Logo halal pes tomyam ni ialah logo halal yang diiktiraf JAKIM. Memandangkan ini produk keluaran luar negara, JAKIM tidak akan keluarkan logo halal untuk produk luar. Tetapi mereka akan memantau dari masa ke masa setiap produk keluaran antarabangsa dan sahkan proses dan status halal produk luar. Begitulah yang Sue dimaklumkan. Nanti Sue share link untuk you all check semua logo halal yang diiktiraf JAKIM.



Bagaimana cara nak masak tom yam yang sedap?

1. Panaskan air dalam periuk
2. Masukkan 3 sudu besar pes tomyam dan kacau sampai sebati.
3. Masukkan lauk seperti sotong,ayam,daging dan sayuran.
4. Biarkan mendidih dan kemudiannya masukkan daun limau purut dan serai.
5. Akhir sekali masukkan 1 sudu besar susu cair, garam dan gula ikut secukup rasa.
6. Hidangkan bersama nasi panas dan telur dadar.



Selamat mencuba!!!

Love, 
Suhaili Isa

No comments:

Post a Comment