Shopping Sakan di Saigon City Ben Thanh Market


Cerita bab shopping ni....perempuan memang No.1 tau...bulan September 2015 Sue berpeluang ikut FREE TRIP Sahajidah Hai-O Marketing ke Vietnam. Sebenarnya kami sepatutnya ke Bangkok...tapi kejadian pengebom berani mati...syarikat tukar destinasi travel kami ke Saigon City.


Hai...kalau pegi Saigon...confirmla SHOPPING!!!! lagi best sebab tak bawa anak2...jadi akak boleh shopping daripada pagi sampai kedai tutup you all. Hari ke-2 dan ke-3 di Ho Chi Minh...syarikat hantar kami ke Ben Thanh Market just for shopping spree ok... dah la kami dapat duit shopping minimum RM 5000 tau....sebabtu ramai orang buat bisnes ni sebab ada extra income & duit shopping free trip...



Sampai Ben Thanh Market dengan bas yang disediakan, tour guide kata kalau nak beli barang mesti tawar dengan harga paling murah tau. Orang Saigon boleh cakap bahasa melayu...so tawar je sampai kita puas hati...ok jom tengok rombongan cik kiah di Saigon.



Haaa...nilah rombongan cik kiah geng shopping pilih kain, pilih baju, pilih baju anak, beli kasut dan macam-macam lagi. Ni cerita setelah kepenatan bershopping ye. Kalau jejak kaki ke pasar Ben Thanh..ada banyak pintu masuk. Jadi kene ingat pintu mana yang kita masuk..pintu tu jugalah kita keluar supaya tak sesat.



Ok kami singgah di kedai 265 ni sebab kain vietnam silk, kain cotton dan macam-macam lagi boleh dapat dengan harga murah you all. Kami tawar kawkaw sampai dapat sepasang kain cotton RM 15- RM 20 je.


Dalam pasar Ben Thanh tak banyak choice baju anak-anak yang cantik. So you all lintas jalan besar, cari hospital dan Saigon Square berada sebelah hospital je. Dalam Saigon Square ada banyak baju anak-anak, dress cantik, tshirt lelaki, barangan kulit dan macam2 lagi.


Kami habiskan masa 4 jam dalam pasar Ben Thanh dan Saigon Square cari barang. Partner in crime Sue ialah Kak Syikin Salleh. Kami sama2 cari baju untuk anak sebab anak kami sama umur.hahahaha pening cari baju anak perempuan.



Dah penat shopping...of coursela isi perut makan tengahari di restoren Hajah Basiroh. Alhamdulillah sebab syarikat bagi duit belanja makan. Sapa yang tak happykan sebab tak perlu keluar duit sendiri. Haaa...ni muka2 kelaparan sambil control ayu.



Sue try makan mee po dan minum vietnamese coffee. Sedapnya sampai menjilat jari.



Haaa....inilah kak Syikin Salleh partner in crime shopping di Ben Thanh.


Dah sampai Vietnam...rugilah kalau tak rasa minum kopi Vietnam. Vietnamese coffee kat Malaysia memang tak sesedap original recipe from Vietnam itself. Akak rasa nak menangis minum kopi ni. 



Bila perut dah kenyang.....kita sambung shopping lagi. Hehehehe masa on the way ke Ben Thanh Market balik, kami terjumpa satu kedai jual tudung instant. Mula-mula semua taknak masuk sebab kene bukak kasut. Tapi akhirnya semua orang masuk jugak. Nak tau sebab apa??? Haaaaa.....tengok ni




Haaa....sampai duduk bersila pilih tudung neelopak. Material tudung ni sangat selesa. Ketua shopping tudung ialah sis Airin...gambar paling depan sekali ni. Kitorang kumpul order & submit duit pada Airin. Hehehehe dapat sehelai Rm 20. Macam-macam warna ada...haisshhhh rambang mata. Seronok ok shopping reramai macam ni.


Ok bila semua dah borong minimum sorang 10 helai tudung, kami berangkat minum petang di Ben Thanh Market...sambung shopping lagi kat Ben Thanh Market.


Hamboi....sakan abang-abang ni dapat bergambar dengan penjual fruit juice. Hehehehe tau tak tips orang Vietnam Cantik & Kurus?? Diorang tak makan fast food, diorang banyak makan buah, diorang suka jalan kaki. Tu amoi Vietnam ni cantik. Heheheheheh


Oklah...pukul 5 petang semua dah keletihan...jadi tiba masa nak balik dan tunggu bas. Sebelah malam pula ada acara Gala Dinner. Jangan risau kalau tak puas lagi nak shopping... hari ke-3 kami di Saigon, kami dibawa untuk shopping sakan lagi. 




End of Day 2...Shopping spree at Ben Thanh Market. 
Thank you for reading.



Damaged has been done!!!
Salam sayang,
Suhaili Isa
012-6842560

Comments

Popular posts from this blog

Pes Tom Yum Thai sedap

Koleksi Baju Raya Leeyana Rahman di Bangi

Resepi Mee Suah untuk bayi 9 bulan