Posts

Showing posts from October 10, 2015

Day 2 : Disneyland Hong Kong- part 1

Image
Good morning!!! Ramai yang tanya Sue macam mana Sue bahagikan masa antara kerja rumah, jaga anak dan bisnes lagi. Jawapan Sue senang je.. Sue memang tak cukup masa tapi Sue curi masa untuk update blog, post artwork di social media, guide rakan kongsi, keluar untuk business presentation dan keluar pos barang dan beli barang di stokis. Memang takde maid yang membantu. Jadi kalau Sue boleh buat...apa bezanya you all yang kerja di office di mana anak2 dibantu dan dijaga oleh nursery?

Ok sebenarnya nak cerita pengalaman di Disneyland Hong Kong. Heheheheh this is sequence of article Kuala-lumpur-hong-kong-madame-tussauds . Jom confirm you all dah tak sabarkan??



Kami bangun seawal pukul 5.30 pagi untuk bersiap dan pukul 8 kami terus bergerak untuk ke Disneyland. Dari hotel kami di Mongkok, kami ambil tren di Stesen MTR Prince Edward dan turun Stesen Lai King untuk tukar tren ke  laluan Tung Cung. Dari Stesen MTR Lai King pastikan anda turun di Stesen MTR Sunny Bay untuk ke Disneyland Resort. S…