Friday, October 9, 2015

Tahniah Mentor - Crown Diamond Manager Norain Nizar

Bukan semua bisnes kita mampu bertahan selama 4 tahun lamanya tanpa melompat-lompat bisnes. Kalau rasa statement Sue ni salah, cuba tanya diri sendiri atau kawan-kawan yang pernah buat bisnes, bisnes apa yang pernah dia buat sebelum ni. Itulah bezanya bisnes kami dengan bisnes yang lain. Kami ada mentor yang menjadi GPS atau WAZE dalam menunjuk arah ke puncak kejayaan.


Pada 3 oktober yang lepas, Sue terharu sebab dapat raikan mentor bisnes Sue yang tercapai impiannya untuk naik pangkat tertinggi dalam bisnes iaitu CROWN DIAMOND MANAGER dengan income bulanan minimum RM 15,000 sebulan hanya perlu bekerja 2-4 jam sehari. Tahniah CDM Norain Nizar, you really deserve it after 4 years of hardwork.Kerjaya sebagai Premium Beautiful Expert dan berniaga Premium Beautiful Corset ternyata mampu mengubah masa depan wanita.




Kejayaan yang beliau kecapi sekarang ni penuh dengan tragedi air mata dan pengorbanan. Tiada seorang pun yang berjaya tanpa pengorbanan dan susah payah. Jadi kalau kita belum sampai ke tahap menangis kerana berusaha, kita belum lagi berusaha betul-betul. Jom kita tengok biodata CDM Norain nizar.


Nama : Norain bt Mohd Nizar
Umur : 33 tahun
Status : Berkahwin anak 2 orang
Lokasi : Johor Bharu
Pekerjaan : Jurutera di MMHE
Tahun mula bisnes : 2012
Pencapaian bisnes : Menerima anugerah Car Fund, siapakan sales RM 100,000 sebulan dalam keadaan berpantang, telah melancong ke 9 buah negara secara percuma dan naik pangkat tertinggi dalam bisnes pada September 2015.

Beliau merupakan seorang mentor yang fokus pada bisnes, sanggup berkorban masa, wang ringgit dan tenaga untuk bantu rakan kongsi di Kuala Lumpur. Beliau sangat komited, sabar dan pandai uruskan masa. Bayangkan...beliau di rumah tak tengok TV langsung. Kita pula..lebih banyak buang masa tengok TV.



Kami juga meraikan Double Diamond Manager Syikin Salleh yang berjaya naik pangkat dengan sales RM 720,000 group sales terkumpul.



Jom tengok small celebration yang kami adakan untul meraikan CDM Norain nizar dan DDM syikin salleh. Tahniah sekali lagi kepada CDM Norain kerana telah membuat keputusan untuk berhenti kerja dan fokus sepenuhnya pada bisnes. Haaaa...satu lagi keputusan yang tak mungkin orang-orang biasa lakukan. Hanya orang bersemangat luar biasa je mampu lakukan.








Sue bangga bernaung di bawah empayar bisnes CDM Norain yang tak lokek ilmu membantu Sue kejar impian bergelar seorang Crown Diamond Manager juga. Sue juga simpan hasrat untuk bantu seramai mungkin rakan kongsi Sue supaya mereka juga dapat genggam impian masing-masing.


Salam sayang,
Suhaili Isa
012-6842560