Good morning...bacaan IPU jerebu di Sungai Buloh ni mencecah 210 ditahap tidak sihat. Jerebu di kawasan you all macam mana? Sue sarankan you all kurangkan aktiviti riadah luar rumah dan minum banyak air masak ye. Sue beli air Bio- evolve sebab badan dah semakin kurang sihat sebab jerebu. Alhamdulillah bagus jugak air beralkali tu sebab anak2, husband dan Sue sendiri cepat sembuh.
Ok sebenarnya nak share pengalaman bawa anak2 naik flight. Betul...inilah pengalaman pertama anak2 naik kapal terbang dan ke luar negara.
![]() |
Bye2 Malaysia...hello Hong Kong |
1. Beli octopus card
2. Collect tiket Madame tussauds dan The Peak tram di China Travel agent
3. Beli simcard 5GB data internet
Do read HERE for tips travel bersama anak-anak kecil. Kami terus keluar airport dan menuju ke bus stop untuk naik bas A21 menuju ke hotel kami di Mongkok. Kami memilih untuk duduk di Mongkok sebab ada 2 MTR station yang berdekatan dengan hotel hanya 200m sahaja daripada hotel kami. Station MTR Prince Edward dan MTR Station Mongkok.
Bus sampai selang 5-7 minit tau. Memang pantas public transport Hong Kong. Perjalanan dari airport ke Mong Kok mengambil masa 30 minit. Gunakan octopus card yang dibeli di airport tadi untuk bayar tambang bas ye. Bas ni bagus sebab sediakan tempat untuk letak luggage di dalam bas dan bas juga double decker.
![]() |
Kawasan letak luggages dalam bas |
![]() |
Inilah hotel kami |
Kami berehat sebentar untuk uruskan diri dan solat di hotel sebelum bergerak ke Madame Tussauds dan the Peak/ Sky terrace. Tepat pukul 4petang, kami berjalan kaki dari hotel ke stesen MTR Mongkok. Sila print dan buat banyak copy MTR map yang Sue bagi ni ye untuk you all catit perjalanan.
Dari stesen MTR Mongkok, ambil laluan tren menghala ke stesen MTR Central. Apabila tiba di stesen Central ambil exit J2 untuk ke The Peak Tram. Kami berjalan kaki sejauh 500m dari stesen Central untuk ke The Peak Tram. Boleh tahan jugak jauh dan kene mendaki bukit. Kami sempat juga bergambar di Chater Garden. Gunakan map di bawah ni sebagai panduan ya.
![]() |
Dari exit J2,ikut laluan bertanda merah |
![]() |
Ramai orang tunggu turn naik Tram |
![]() |
Tram dah sampai...yeay!! |
![]() |
Yeay!! Sampai dah Madame Tussauds |
Lepas puas bergambar dengan artis-artis terkenal, kami terus ke Sky Terrace 428 untuk melihat pemandangan 360° Hong Kong di waktu malam. Ohh...berada di ketinggian 428meter di atas paras laut, angin malam memang sangat kuat dan kencang. Sejuk sangat dan pastikan anak-anak you all pakai baju lengan panjang, jeans dan kasut bertutup ye. Memang sangat sejuk..nah tengok macam mana kuatnya angin bertiup.
Sampai je di hotel, perut dah kelaparan. Jadi menu makan malam kami masak sendiri bubur nasi dan meggi sup ayam. Lepas makan terus tidur sebab semua excited nak bangun awal untuk ke Disneyland!!!
See you all in the next entry. Please go to this link for the next entry Day 2: Disneyland Hong Kong- Part 1
Be bold, Be beautiful
Suhaili Isa
012-6842560