Saturday, August 22, 2015

Resepi Victoria Sandwich Cake



Ada masa sikit Sue nak share resepi Victoria Sandwich Cake Mudah. Sue gunakan resepi daripada Jamie Oliver. Sue hasilkan adunan kek tanpa cake mixer dan hanya gunakan tangan sahaja. Jadi you all bolehlah buat kek ni ya walaupun tanpa mixer. 

Bahan-bahan:
Untuk kek sponge
- 225g unsalted butter pada suhu bilik
- 225g tepung naik sendiri diayak
- 225g gula castor
- 4 biji telur
- 1 biji lemon

Untuk filling
- 250g fresh strawberries/blueberries/cranberries
- 1 tbsp vanilla extract
- 150g strawberry jam
- 150ml whip cream
- 1 tbsp gula kastor
- icing sugar sebagai dusting

Cara buat kek:
1. Panaskan oven pada 180 darjah celsius
2. Griskan 2 loyang kek 20cm diameter pada bahagian bawah dan tepi
3. Pukul butter bersama gula kastor dalam mangkuk yang besar sehingga gebu.
4. Pecahkan telur satu persatu. Pastikan anda adun sempurna telur dan butter sebelum pecahkan telur yang lain ke dalam adunan.
5. Masukkan tepung ke dalam adunan.
6. Sagat kulit lemon ke dalam adunan. Potong lemon kepada 2 bahagian dan simpan
7. Bahagikan adunan kek kepada 2 bahagian dan ratakan adunan menggunakan spatula.
8. Bakar dalam oven selama 20minit sehingga kuning keemasan.
9. Check kek anda menggunakan lidi dan cucuk pada bahagian tengah kek untuk memastikan kek masak dengan sempurna.

Adunan kek yang dah siap untuk dibakar

Apabila kek dah masak, sejukkan kek dahulu.

Cara buat filling:
1. Potong strawberry 
2. Panaskan strawberry jam atas dapur pada api perlahan sehingga cair.
3. Tutup api dan masukkan strawberry yang dah dipotong ke dalam jam.




4. AsfDalam bekas yang lain masukkan cream, gula castor dan extract vanilla serta perah jus lemon ke dalam mangkuk.
5. Pukul sehingga kembang atau sehingga soft peak.





Cara menghias kek:
1. Ambil kek yang kurang cantik letak pada bahagian bawah.
2. Sapu adunan jam dan strawberry pada bahagian tengah kek.
3. Sapukan whip cream di atas strawberry tadi.
4. Letakkan kek ke-2 di bahagian atas pula.
5. Hiaskan dengan icing sugar dan strawberry.

Selamat mencuba.




Salam sayang,
Suhaili Isa
012-6842560

Sales Premium Beautiful bermula. Diskaun sehingga RM 600-RM 1500 untuk setiap pembelian 1 set Premium Beautiful.

Cara bayaran:
1. Cash
2. 0% Installment Credit Card
3. Aeon installment RM 96 sebulan
4. Cash installment RM 400 selama 6 bulan