Posts

Showing posts from August 13, 2015

Projek Memikat Suami

Image
Haaa....pelik pula tajuk entry Sue kali ni. Hehehehe entry khas buat para ibu yang menunggu masa untuk bersalin dan berpantang...Jom Sue share kebaikan berpantang.

Kepentingan amalan berpantang :

1. Mengurangkan tekanan perasaan selepas melahirkan bayi.
2. Membetulkan peredaran darah.
3. Mengurangkan angin badan.
4. Mengurangkan sakit kepala.
5. Melancarkan aliran susu badan.
6. Mengelakkan angin meroyan.
7. Membantu stabilkan emosi ibu.

Tapi....bukan semua wanita bertuah masih ada ibu yang boleh membantu semasa dalam pantang atau mempunyai bajet untuk mengupah confinement lady. Jadi Sue nak share sikit cara lakukan sendiri rawatan berpantang.

Jom lakukan sendiri rawatan berpantang.

1. Mandi herba

- seminggu sebelum bersalin, pastikan fridge kita dah penuh dengan supply herba seperti serai wangi, halia dan limau purut. Kesemua herba ni boleh diracik dan disimpan dalam satu bekas supaya dapat digunakan sebagai herba mandian. Fungsi mandian herba untuk melancarkan peredaran darah, kembalikan kesega…