Friday, July 10, 2015

Resepi Choc Fudge with Nuts

Atas permintaan ramai, Sue sharekan cara buat Choc Fudge with Nuts dengan menggunakan hanya 3 bahan. Selamat mencuba!

Bahan-bahannya:

3 sudu besar unsalted butter
175ml susu pekat
Coklat masakan, seeloknya gunakan semi-sweet hersheys. Tapi dalam resepi ni Sue guna chocolate Nona je.
Almond sebagai hiasan(optional)

www.suhailiisa.com
Bahan yang digunakan
Cara membuat:
1. Dalam mangkuk yang besar, cairkan chocolate masakan dengan kaedah bain-marie. Panaskan mangkuk berisi chocolate di atas air mendidih dalam periuk.


2. Masukkan butter ke dalam chocolate dan gaul sebati.


3. Masukkan pula susu pekat tadi dan kacau sehingga semua bahan sebati dan chocolate kelihatan berkilat.


4. Dalam satu bekas yang lain, alaskan bekas dengan tracing paper dan tabur almond.


5. Tuangkan chocolate cair tadi ke dalam bekas berisi almond dan sejukkan dalam fridge. Kemudian bila chocolate dah keras, potong ikut kreativiti dan MAKAN!!! Heheheheh




Nah inilah hasil yang Sue dapat. Selamat mencuba ye. Untuk yang nak turunkan kandungan gula dalam darah selepas nikmati makanan manis, amalkan minum segelas BVAlfalfa atau segelas Campuran air suam dan garambuluh. 10minit lepastu Insha Allah paras gula kembali normal. Next entry resepi Macaroni bakar simple and delicious.



Salam sayang,
Suhaili Isa
012-6842560