Posts

Showing posts from June 16, 2015

Resepi Mee Hailam Campak-campak

Image
Walaupun Sue tak berapa pandai dalam bab memasak, tapi nak juga kongsi resepi yang Sue buat sendiri. Dulu mak Sue jenuh bebel kat telinga anak dara dia tak pandai masak apa pun. Tapi memang betul, masa kerja 7 tahun sebagai Jurutera; Sue jarang masak di rumah. Lebih banyak makan di luar dan hanya masak sekali sekala bila hujung minggu. Bila dah berhenti kerja ni, mula terkial-kial nak masak. Alhamdulillah sekarang ni dah mahir masak sikit dan boleh memasak sambil dukung Husna lagi. Average masa Sue ambil untuk memasak hanyalah 30-40minit untuk 4-5 jenis lauk.

Ok harini nak share Resepi Mee Hailam Campak-campak je. Jom tengok bahan-bahan yang Sue gunakan. Selalunya Sue gunakan apa je yang ada dalam fridge. Kebetulan anak-anak dan suami tak makan seafood, jadi resepi masak Sue lebih banyak gunakan daging, ayam, sosej dan ikan. 

Bahan-bahan:
1. 3ulas bawang putih
2. Sayur-sayuran ikut suka hati nak letak apa
3. Protein : ayam, daging,sosej,fishball,fishcake; ikut selera masing-masing
4. Mee ku…