Posts

Showing posts from June 15, 2015

PBWonders Day : Top 12 Biggest Weight Loser

Image
Sabtu yang lepas 13 June, Sue berpeluang menghadiri majlis PBWonders Day yang berlangsung di Bukit Raja Klang. Karnival kesihatan dan kecantikan ni memuatkan banyak slot kesihatan, zumba dan meraikan Top 12 #gengdietGLAM yang berjaya menurunkan berat badan terbanyak. Majlis bermula pada pukul 10.30 pagi dan peserta diperlukan untuk mendaftar supaya layak untuk menerima cabutan bertuah dan doorgift. Haaa apa doorgift yang Sue dapat?



Ni dia mug cantik untuk minum kopi. Ada juga disediakan candy buffet table yang menhidangkan dessert yang ditaja oleh onlineshop. Tak berani nak makan banyak kek sebab takut berat naik. Hahahahhaha..




Acara dimulakan dengan ucapan pembukaan dari pihak syarikat Sahajidah Hai-O Marketing dan seterusnya 15 minit Zumba sebanyak 3 lagu. Ada juga slot pembentangan tentang Premium Beautiful dan setkurusbajet. Kemudian slot menarik iaitu senaman ringkas yang boleh dilakukan di rumah disampaikan oleh Coach Farazulramli yang banyak melatih artis-artis Malaysia supaya ke…

Restaurant Review: Rondaevoo Cafe

Image
Lama Sue tak review cafe menarik yang Sue pernah cuba kunjungi. Ok harini Sue berkesempatan try dessert di Rondaevoo Cafe di Ativo Bandar Sri Damansara. Sebenarnya kafe ni menjual pelbagai jenis roti seperti Rotiboy, salad, pasta, nasi goreng, cakes dan banyak lagi. Tapi disebabkan kami dah makan heavy lunch jadi singgah di kafe ni untuk makan kek dan Rotiboy.

Masuk je kafe, terpegun sebab kawasan kafe sangat luas, kemas, sunyi dan susunatur perabot yang cantik. Mula-mula nak order Rotiboy dan 'take away' je, tetiba encik husband nak duduk makan di kafe pula sebab suasana kafe yang sangat tenang dan selesa.




Jom tengok antara menu yang ada di Rondaevoo Cafe ni. Nak sebut nama kafe ni agak berbelit lidahku.

Apa pula yang kami order? Kids request makan Chocolate moist kek dan iced chocolate while Sue dan husband masing-masing memilih original Rotiboy yang baru siap dibakar. Marvellous dan lembut sungguh rotiboy itu.



Jom tengok apa ada dalam display area Rondaevoo Cafe ni? Sue siap in…