Wednesday, May 20, 2015

Yang mana satu Perut anda?

Assalamualaikum ladies,

Sue nak share harini a few types of perut buncit yang 80% semua wanita mengalami masalah ni. Haaa...standby check perut masing-masing ya.


www.suhailiisa.com
Mana satu perut you all?

1. Jenis Perut Spare Tire

Siapa yang bermasalah?
- Wanita jenis perut begini menjalani kehidupan yang tidak aktif, berkerja di pejabat yang perlukan lebih masa duduk dan mereka yang kurang atau malas bergerak.
- Mereka juga mempunyai keinginan makan berlebihan kepada makanan manis seperti kek, puding, dan sebagainya setiap hari.

Tabiat buruk
- Kurang bersenam
- Banyak duduk
- Terlebih pengambilan makanan manis, bergoreng dan tinggi karbohidrat seperti nasi, biskut, kek, roti dan pasta.

Cara selesaikan masalah
- Jangan ambil makanan 'low-fat' kerana makanan ini didatangkan dengan bahan kimia, gula,garam dan bahan perasa yang banyak.
- Amalkan pemakanan seimbang seperti ikan, telur, daging rendah lemak dan sayuran.
- Lebihkan berjalan dan target 100,000 langkah sehari.


2. Jenis Perut Stress

Mereka yang bermasalah
- personaliti terlebih perfectionist
- mempunyai masalah penghadaman yang menyebabkan perut kembung dan kelihatan semakin buncit.
- Semua berat tertumpu kepada bahagian perut dan rahim. Bila stress badan mengeluarkan hormon kortisol iaitu hormon menyimpan lemak pada bahagian perut.
- Mereka yang mengalami perut jenis ini, bila perut dipegang sangat padat dengan lemak.

Tabiat buruk
- selalu skip makan
- terlebih pengambilan kafein sehari
- selalu makan 'junk food' dengan alasan nak cepat. 

Cara atasi masalah
- Masuk tidur lebih awal. Kurang tidur menyebabkan hormon leptin iaitu hormon yang selaraskan nafsu makan dan kadar metabolisma badan terganggu.
- bertenang dan amalkan senaman pernafasan.
- hadkan pengambilan kafein kepada 2 cawan sehari.
- amalkan senaman ketenangan seperti solat, pilates, berjalan dan berenang.
- Regangkan badan sebelum masuk tidur supaya hormon kortisol dapat dikawal.
- minum secawan teh chamomile sebelum tidur.



3. Jenis Perut Pooch

Mereka yang bermasalah
- Ibu yang sibuk dan berkerjaya besar.
- Mereka juga digelar sebagai 'gym junkie' tetapi masih dalam dilema bersenam dan pengambilan makanan yang baik.
-Mengamalkan rutin senaman yang sama yang menghasilkan badan kurus tetapi perut buncit.
- amalan pemakanan yang sama yang kurang membakar lemak perut.

Tabiat Buruk
- Terlebih melakukan senaman abs crunches dan abs roller yang menyebabkan regangan pada hip flexor dan bahagian bawah pinggang. Ini menyebabkan otot perut tegang dan semakin tersembul keluar menghasilkan ilusi perut buncit.

Cara atasi masalah
- Amalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan fiber untuk legakan muscle strain, perut kembung dan sembelit seperti sayuran hijau, oatbran dan wholemeal grains.
- Tukarkan sit-up kepada plank. Sit -up menyebabkan bahagian bawah pinggang melengkung dan perut kelihatan lebih buncit.
- amalkan senaman weight training untuk membina otot dan membakar lebih banyak lemak. Contoh senaman squat, lunges, wall sit dan plank
- minum banyak air dan makan makanan yang mudah dihadam seperti sayuran hijau, ikan, ayam untuk mengurangkan after pain atau muscle strain selepas ke gym



4. Jenis Perut Mommy

Mereka yang bermasalah.
- wanita yang telah bersalin dalam masa beberapa tahun dan sangat sibuk uruskan rumahtangga sampai mengabaikan bentuk badan.

Tabiat buruk
- Senaman terlalu singkat atau terlalu lama.
- terlalu stress untuk turunkan baby fat menyebabkan hormon kortisol meningkat dan badan menyimpan lebih banyak lemak di perut.

Cara atasi masalah
- Amalkan pengambilan fish oil yang bantu aktifkan hormon pembakar lemak dan deaktif hormon penyimpan lemak.
- ambil kekacang dan olive oil untuk percepatkan pembakaran lemak dan tenaga berpanjangan.
- amalkan senaman kegel atau senaman kemut lantai pelvik sambil pakai Long girdle Premium Beautiful. Gabungan premium beautiful dan senaman kegel membolehkan 500-600 kalori dibakar hanya dengan duduk sahaja.
- jangan sesekali melakukan senaman sit-up kerana otot linea alba akan meregang dan menghasilkan ilusi perut buncit. Lebihkan senaman plank dan kegel.
- dapatkan Daytime nap selama 15 minit dan pastikan tidur lena pada sebelah malam. Tidur yang lena mengaktifkan hormon membantu badan buang toksin
dan bakar lemak sewaktu tidur. Cubalah biovelocity sleepmate membantu anda kurus sewaktu tidur.






5. Jenis perut bloated

Mereka yang bermasalah
- bangun pagi perut kempis, lepas makan perut semakin buncit disebabkan penghasilan gas.
- kemungkinan perut kembung disebabkan alahan pada sesetengah makanan atau diet yang salah.

Cara atasi masalah
- Hindari makanan yang mengandungi gluten seperti gandum, nasi,roti,pasta yang menyebabkan penghasilan gas dalam usus.
- Pilih makanan yang tidak menyebabkan sakit perut serta kembung.
- Fokus pada diet seimbang dengan makanan seperti saYur, daging,ayam dan ikan.
- ambil sarapan pagi yang berat dan elakkan makan berat pada sebelah malam.
- perut kembung disebabkan kurangnya bakteria baik dalam usus. Oleh itu boleh amalkan natural supplemen untuk prebiotic dan probiotic seperti yogurt, vitagen dan bawang putih tanpa bau, Garlic tablet.

Semoga dapat membantu you all semua kuruskan badan dan kempiskan perut untuk hari raya yang bakal menjelma.


Salam sayang,
Suhaili Isa
012-6842560