Tuesday, May 5, 2015

Mata kiri berkelip-kelip

Assalam semua,

Sue baru pulang dari kampung mak di Johor. Disebabkan kampung sedikit terceruk dalam kawasan pedalaman, line handphone sangat teruk. Pulang sahaja dari kampung, terus en husband dan sue demam serta batuk.

Tapi apa yang Sue nak share, kelopak mata Sue sebelah kiri bahagian atas, berkedip-kedip tak berhenti dari Sabtu lepas. Sangat annoying rasanya. You all tau tak sebab apa ye?

Maybe ada yang kata mata terlalu letih. Tapi Sue takde pulak tido sampai lewat malam atau terlalu banyak tengok gadget. Ada pula yang kata petanda untuk dapat lebih banyak kebaikan.

Walauapa pun harap-harap tiada benda buruk yang bakal berlaku dalam masa terdekat ni. Sue doakan kawan-kawan semua berada dalam lindungan Allah SWT ya.

P/s: sedih bila terkenangkan kedua anak-anak mangsa kemalangan jalanraya di Duke Highway tu. Jalanraya bukanlah tempat untuk berlumba ya. Lagi-lagi kalau kereta kita hanyalah myvi.


Salam sayang,
Suhaili Isa
012-6842560