Friday, April 24, 2015

5 cara unik kutip hutang

Cara kutip hutang
Haaa...korang mesti ada kawan-kawan yang liat bayar hutangkan? Dulu sebelum pinjam duit, sampai bulan,bintang,marikh,matahari janji-janji manis diberikan. Tapi bila dah waktu bayar, buat-buat lupa pulak. Hehehehe jom Sue share cara unik kutip hutang.

No. 5 : Buat ucapan selamat tengahari atau ucapan selamat kepada rakan yang berhutang di radio EraFM, HotFM, HitzFM ke..

Contoh skrip: Saya nak tujukan ucapan selamat kepada kawan baik saya Markonah binti Ngatimon (bukan nama sebenar) yang berkerja di pejabat tu; hutang aku RM400 bila nak bayar? Dah 4 bulan kau lupa ingatan bayar hutang. Tatatititutu...

No. 4 : Ajak Markonah binti Ngatimon mengopi sesama.. Kau orderla air atau makanan yang best-best sikit. Lepastu kau kata kat Markonah,

"Eh Markonah, aku lupa bawak wallet la. Kau bayarkan dulu la aku punya ni. Nanti tolak je hutang aku yang kau belum bayar tu"

No.3: Tempah banner besar yang korang boleh gantung dekat pagar depan rumah Markonah. Contoh ayat banner:

"Markonah...hutang aku RM 400 dah 3 bulan tak bayar. Sebarang pertanyaan sila hubungi no telefon tertera di banner."

Haa...kelas kau jah...minta hutang siap buat banner lagi. Orang sekampung semua boleh baca banner kau tu.

No.2 : Berkhemah depan rumah orang yang berhutang tu sampai dia bayar hutang.hehehehe bercucuk tanam pun bolehlah.


No.1 : Cuba mengorat suami/isteri/boyfriend/girlfriend orang yang liat bayar hutang tu. Confirm si penghutang tu bayar on the spot hutang ditambah lagi duit imbuhan supaya jangan kacau suami/isteri/boyfriend/girlfriend dia. Hahahhahaha...


Sue bergurau je ni...tapi yang penting, bila kita berhutang wajib dibayar. Kalau masih tak mampu bayar, minta penangguhan dan berazam bayar hutang sehingga habis.

Tapi biasanya kita tengok orang yang berhutang yang liat nak bayar ni, dia pulak lebih pegi bershopping dan berjimba-jimba. Tapi hutang tak nak bayar.

Jom kita bayar hutang yang ada ye. Kalau rasa duit tak cukup, jom start bisnes dengan kami, #thediamondcircle.


Be bold, Be beautiful,

Suhaili Isa
012-6842560