Thursday, April 16, 2015

5 Tips Pilih Calon Suami

Memasuki tahun ke-6 hidup berumahtangga bersama suami, banyak cabaran yang kami lalui. Statistik penceraian menunjukkan bilangan penceraian lebih banyak dalam tempoh 5 tahun pertama perkahwinan. Alhamdulillah walau ada pasang surut dalam ikatan kasih sayang, tapi kami tetap bersama.

Bagi separuh wanita pastinya melihat pangkat, harta dan kerjaya bakal suami sebelum berkahwinkan? Tak salah pun sebab kita mesti nak kehidupan yang selesa lepas kahwin.Tapi Sue pula yang ketika dulu bekerja sebagai seorang Jurutera di syarikat swasta, Sue ramai kawan lelaki yang boleh dikatakan banyak duit. Tapi sayang semuanya tak boleh masuk senarai sebagai suami yang baik.

Waktu Sue ambil keputusan untuk berkahwin dengan suami, kriteria yang Sue pilih lelaki tersebut haruslah:

1. Solat pada waktunya
2. Hormat kedua ibubapa Sue
3. Tak merokok
4. Orang yang berasal dari kampung sebab Sue dibesarkan di Kuala Lumpur
5. Berkerja
6. Mempunyai suara garau yang lembut


Alhamdulillah semua kriteria yang Sue tetapkan, ada pada Encik Rosharizal Rosli. Waktu tu suami Sue hanya ada motor je sebagai kenderaan ke tempat kerja. Mengikat tali pertunangan selama 8 bulan, tanggal 21 November 2009 kami bergelar suami isteri.

Kehidupan kami tak mewah sangat tapi tetapi hidup bahagia. Dari encik suami bermotor, kemudian beliau dapat beli kereta pula. Sue dapat tengok perubahan suami dari tiada apa-apa, sehingga sekarang ni berkerjaya hebat sebagai seorang Senior Executive.

Suami Sue sebagai anak tunggal lelaki dalam keluarga, banyak tanggungjawab yang dipikul untuk jaga Ibu dan adik-adik dia selepas pemergian arwah ayah. Untuk bantu suami kurangkan bebanan hidup, Sue mula memikirkan cara untuk mencari pendapatan tambahan bantu suami dan sara kehidupan kami yang bakal menimang cahaya mata ketika itu tahun 2011. Dalam kepenatan bekerja dan gaji kami yang tak setimpal dengan waktu bekerja yang panjang sehingga 10-12 jam tanpa overtime, Sue tetap melibatkan diri dengan perniagaan.

Sebab apa berniaga? Sebab Sue nak pastikan Sue tak perlu minta duit suami nak beli barang ikut kehendak diri ni. Biar Sue dapat beli barang dengan hasil usaha sendiri. Sesekali teringin pakai barangan mewah, Sue mampu keluarkan duit sendiri untuk beli.


Alhamdulillah kehadiran 2 orang cahaya mata kami mampu menambahkan kasih sayang suami isteri. Untuk mereka yang dalam masalah rumahtangga,Sue harap you all semua sabar dan banyakkan berdoa. Allah bersama-sama mereka yang sabar.

Buat encik suami Rosharizal Rosli, terima kasih kerana sentiasa bersabar dengan sikap isteri yang kuat membebel dan marah-marah ni. Minta maaf kalau banyak kesalahan yang si isteri lakukan yang mengguriskan hati. Semoga encik suami diberikan kesihatan yang baik, dilindungi Allah SWT sewaktu bekerja dan dimurahkan rezeki untuk menyara kami sekeluarga.


Salam Sayang,

Suhaili Isa
(www.suhailiisa.com)