Wednesday, April 1, 2015

April, permulaan kehidupan baru berGST

Assalam readers,

How was your day so far? Facebook wall Sue penuh dengan gambar resit berGST dan rungutan tentang GST. Kenaikan kos sara hidup ni dah berlaku lama. Cuma kita je yang belum terbuka mata dan minda untuk buat persediaan rapi dengan cara kurangkan perbelanjaan atau tambahkan pendapatan.


Sebagai seorang wanita yang dulu berkerjaya hebat dan berhenti kerja, lalu membuat keputusan berhenti kerja dan mulakan perniagaan, Sue amalkan tips menabung dan berusaha mencari extra income tanpa menyusahkan suami minta duit.

Antara tips :

1. Rancang perbelanjaan harian anda dalam sebuah buku.
2. Nilaikan setiap barang yang ingin dibeli samada keperluan atau kehendak.
3. Buat tabungan 10% dari hasil income yang kita dapat.
4. Tambahkan pendapatan anda dengan mulakan perniagaan.
5. Pastikan perniagaan anda didatangkan dengan mentor yang membantu pandu arah anda dalam kejayaan bisnes.
6. Asingkan duit untuk bersedekah.
7. Percaya pada rezeki Allah
8. Buang segala alasan sekiranya hendak berjaya.
9. Biar bersusah dahulu, dan kesenangan pasti akan dicapai kemudian.
10. Bersedia untuk berkorban masa dan tenaga untuk kehidupan yang lebih baik.

Sue harap tips di atas membantu anda semua untuk merancang kewangan dan mulakan menabung untuk masa depan.


XOXO,
Suhaili Isa
012-6842560