Wednesday, March 11, 2015

Lelaki suka Perempuan Cantik??

Assalam readers,

Sue nak share kejadian serupa drama TV3 semalam, selepas habis jumpa client dan deliver produk #setkurusbajet di Taman Tasik Biru, Kundang. Tak pernah lagi Sue berada dalam situasi yang bakal Sue nak cerita. Appointment hari  Selasa (10 Mac 2015) habis pada pukul 5.30pm. Alang-alang dah berada di Tasik Biru, Sue bawa anak-anak ke taman rekreasi berhadapan tasik. Ramai orang memancing dan my kids memang excited sangat nak main playground tu.

After 10 minutes layan kerenah anak-anak, Sue perasan ada seorang lelaki yang sedang dukung baby dalam umur 3 bulan. Wahhh sangat fatherly type giteww.. ada juga seorang perempuan yang sedang bersenam menggunakan facilities alat senaman yang disediakan.

Terkejut Sue bila tiba-tiba, perempuan yang tengah bersenam tu datang meluru dekat pada Sue sambil marah-marah. Dituduhnya Sue main mata dengan suami dia. Rupanya lelaki yang mendukung baby 3 bulan tu suami dia. Eh..bila pulak, Sue main mata dengan suami dia? anak dah 2 orang ni, tak sanggup nak main mata dengan suami orang. Suami sendiri pun boleh tahan handsomenya.hehehehehhe...

Sue beri peluang wanita tu melepaskan marahnya sebab Sue faham keadaan wanita tu. Dengan keadaan badan yang gempal walaupun anak baru seorang, suami pula mata melilau tengok perempuan lalu lalang yang kebanyakannya kurus dan cantik. Haaa...kalau Sue ditempat wanita ini pun,mesti Sue pun marah.

Dalam 5 minit juga berlakunya drama swasta pergaduhan antara si isteri dan suami. Kesian tengok keadaan si isteri, Sue hulurkan business card dan memberitahu si isteri yang Sue dapat membantu dia turunkan berat badan dengan Premium Beautiful dan setkurusbajet.

Alhamdulillah pergaduhan dapat diselesaikan dengan baik. Haaa...untuk suami kat luar sana, kalau dah tahu isteri anda badan dah tak cantik, sila jangan kedekut nak keluarkan duit melabur untuk kecantikan dan kesihatan isteri. Isteri awak tu bertarung nyawa nak lahirkan zuriat awak tau. Jangan sibuk tengok perempuan lain yang cantik dan kurus. Kurus dan cantikkan isteri masing-masing sebab isterikan bidadari.

Anak-anak sue pun terpinga-pinga tengok drama swasta TV3 dipetang harini. Gambar tak perlu nak ambil sebab tak nak memalukan sesiapa. Cuma mungkin cerita ni boleh dijadikan pengajaran buat semua isteri. Lelaki dan perempuan memang Allah cipta suka pada benda yang cantik. Jadi tak salah kalau kita berusaha untuk cantik. Jangan sebelum kahwin je vogue, lepas beranak terus hilang seri macam bunga layu.

Setibanya suami pulang dari office, terus Sue cerita kisah yang terjadi pada encik suami. Encik suami sekadar tersenyum sumbing. Betul, lelaki memang suka tengok perempuan cantik. Sebab tu kuota lelaki untuk berkahwin sehingga 4 orang. Alaaa...macam kita perempuan ni suka tengok handbag cantik. Kadang-kadang perempuan cantik pun kita suka tengok. Betul tak??

Untuk mereka yang perlukan khidmat nasihat percuma untuk turunkan berat badan, do PM me 012-6842560.


Be Bold, Be beautiful,

Suhaili Isa
(www.suhailiisa.com)


Jom pegi Bangkok FREE dengan Sue
Taman Permainan 5 minit sebelum kejadian pergaduhan