Tuesday, March 3, 2015

Restaurant Review : Breadties Taman Melawati

Assalam readers,


Lama Sue tak buat review restaurant dan cafe menarik yang pernah Sue kunjungi. Ok hari ni Sue nak review about Breadties Taman Melawati. Berkonsepkan cafe dan bakery; suasana cafe sangat tenteram dan cosy. Jom tengok apa menarik di Breadties Melawati.


www.suhailiisa.com
menu Breadties berinspirasikan file sekolah..dulu sue suka kumpul file hardcover ni sebab design cantik

Sue suka suasana tenang dan alunan muzik lagu-lagu hits dari tahun Sue habis sekolah Menengah tahun 2001 sehinggalah lagu-lagu hits tahun 2015. 
Interior deco restaurant yang simple cukup menambat hati,kiranya bila nak makan tu takdelah serabut mata tengok area yang serabut dan tak kemas.


www.suhailiisa.com
Haaa...kemaskan ID Restaurant? ada gaya zaman kantin sekolah tapi lebih classy

OK apa menu menarik yang Sue dan husband dah cuba? 


www.suhailiisa.com
Chicken chop menjadi pilihan Encik Suami.
www.suhailiisa.com
Set Burger untuk Si Isteri..
Sue suka mash potato yang lembut dan sos blackpepper yang membangkitkan hidangan chicken chop encik suami. While for my own plate, their homemade burger patty memang sangat tebal dan sedap. Pendek kata kene dengan selera tekak minah saleh celup ni. hahahahaha...

Kemudian encik husband berkenan untuk order dessert pula..tapi disebabkan kami datang lewat petang, banyak dessert yang dah habis. Akhirnya kami memilih....

www.suhailiisa.com
Banana walnut toast untuk suami, Muffins untuk isteri. muffin tu dapat free tau
You all nak tengok tak barisan roti yang dibakar gebu dan kuning keemasan??
taaaaddddaaa.....


www.suhailiisa.com
Haaa....tu dia barisan roti dan pastry yang membangkitkan selera. Bau wangi ya amat tak tahan perut nak makan
Dari segi harga, masih berpatutan seperti kafe yang lain. Cuma lokasi Breadties yang terletak di End Lot shop houses, buatkan Sue pada awalnya terlepas pandang. Dah pakai spek mata pun rabun lagi ni..

Jadi jangan lupa singgah makan di Breadties Taman Melawati ya. Breadties ni antara 10 kafe menarik yang perlu dikunjungi di Kuala Lumpur. Yang pasti makanannya sedap, menarik,harga berpatutan dan semestinya halal.


www.suhailiisa.com
muka after makan yang comot!!!

Be bold, Be beautiful,

Suhaili Isa
012-6842560