Tips travel: Hong Kong bersama 2 orang anak - Part 1

Assalam semua, Sue baru pulang back to back travel dari Hong Kong ke Viet Nam. Alhamdulillah kumpul sikit-sikit duit from business dapat bawa family ke Hong Kong while Sahajidah Hai-O bawa pula Sue dan 800 orang qualifier ke Saigon VietNam secara percuma dan ditanggung 5 stars vacation. Sapa nak bagi kan? Kerja lebih 10 tahun pun tak semua company sanggup bagi free trip kepada pekerja mereka dan pastinya duduk di hotel 5 bintang.

Ok entry kali ni Sue nak cerita tentang Hong Kong dulu. Later Sue cerita havocnya kami ke Saigon. Tips mudah untuk planning ke Hong Kong bersama anak-anak berumur 4 tahun dan 2 tahun:

1. Rancang perjalanan anda
- Sue dan husband beli tiket flight bulan April 2015 menggunakan MHmobile. Time tu MAS buat promotion jadi return ticket HK-KL dewasa, kami dapat RM500 seorang while kids pula hanya RM 300. Murah giler dan selesa sangat dapat naik MAS.

2. Book hotel secara online sebab harga lebih murah. 
- Sue advise study hotel yang berdekatan dengan public transport seperti MTR dan Bus stop. Sila baca review hotel daripada semua pengguna yang check in bersama anak-anak kecil ya. Pastikan bajet hotel tu lengkap dengan semua kemudahan serta bersih dan ada housekeeping setiap hari. Kami memilih untuk stay di hotel area Mongkok dan harga triple room semalam ialah RM 250 duit Malaysia.



3. Sila kaji laluan MTR dan Bus Route di Hong Kong. - -- Elakkan menggunakan airport express atau teksi kerana mahal. Kami banyak travel bersama anak-anak kecil menggunakan MTR dan bus sahaja kerana sistem public transport Hong Kong yang efisien. Paling best, warga Hong Kong akan memberikan tempat duduk mereka kepada parents yang bawa anak kecil tau. Kat Malaysia ni...70% hampeh memang kadang-kadang langsung tutup mata taknak bagi seat pada orang yang lebih memerlukan.

4. Bawa 1 travel buggy, toddler body harness dan 1 hipseat baby carrier. Walaupun anak-anak Sue perempuan, tapi diorang sangat aktif dan tak takut orang. They like to be free and walk on their feet. So gadget ni semua kene bawa.
Body harness siap ada tali jadi kita boleh pegang tali sambil anak bebas berlari. Boleh mengurangkan kes hilang anak.
Contoh travel buggy yang ringan dan mudah lipat. Sandang je kat bahu macam handbag.

5. Bawa 1 beg hand carry dan penuhkan dengan makanan kering dan bawa periuk nasi kecil ya. Makanan di Hong Kong sangat mahal. Sekali makan untuk seorang RM 50- RM 75. Antara makanan yang Sue bawa ke Hong Kong ialah :
 a. Mini nasi impit dan rice cooker
 b. Kari ayam, ayam masak merah, kurma ayam dalam tin
 c. Meggi 4 bungkus
 d. Bubur nasi dalam cup
 e. Digestive cookies, keropok mamee, roti, tuna, buah kurma, botol air masak, koko krunch, chiffon cake

6. Beli tiket theme park disneyland and ocean park di Matta Fair sebab murah, madame tussauds dan the peak tram beli secara online sebab dapat Family package. Boleh juga beli di Airport Hong Kong.

7. Bila touch down di Airport Hong Kong, mesti beli Octopus card supaya perjalanan kita menggunakan public transport atau nak beli barang lebih mudah. Octopus card ni lebih kurang macam Touch n Go di Malaysia.

8. Di Airport Hong Kong, beli juga simcard di sana ye. Untuk 4 hari di Hong Kong, kami dapat 5GB data internet dengan harga 118 HKD atau RM 60 duit Malaysia. Beli di kedai TOTO. Hahahhah...seriously itulah nama kedainya.



9. Pakai walking shoes atau sport shoes kerana kita akan banyak travel berjalan kaki. Haaa...nak cerita yang 99% orang di Hong Kong pakai kasut sebab diorang pegi kerja berjalan kaki dan naik public transport. Mereka berjalan dengan sangat laju tau. Terkejut akak yang dah biasa jalan bermalasan di Malaysia ni.

10. Bawa backpack dan isi dengan travel bidet untuk ke toilet, pampers anak, wet tissue, bioseleza pantyliner untuk pastikan you all tak kene jangkitan kuman di public toilet, sejadah mini, telekung travel dan botol air minuman. Download juga apps My Solat yang beri tunjuk arah kiblat di mana jua anda berada.


Ok...sampai sini dulu ya...next entry Sue nak start dah cerita about our experience bersama kids di Disneyland, Ocean park, madame tussauds dan Sky terrace. Total costs perjalanan kami untuk 4 orang termasuk tiket flight, hotel, makan, shopping, ticket entrance theme parks, public transport, data internet semuanya berjumlah RM 6200 bersih.

See you, 
Be bold Be beautiful
Suhaili Isa
012-6842560

Comments

  1. Hye nak tanya, rice cooker ngan makanan tu check in luggage ke atau hand carry masuk dlm flight je ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum 😊 kami letak semua food & rice cooker dalam 1 bag & register as check in luggage. Cuma stroller je kami hand carry

      Delete

Post a Comment

Popular Posts