Monday, September 28, 2015

Kuala Lumpur - Hong Kong - Madame Tussauds

Good morning...bacaan IPU jerebu di Sungai Buloh ni mencecah 210 ditahap tidak sihat. Jerebu di kawasan you all macam mana? Sue sarankan you all kurangkan aktiviti riadah luar rumah dan minum banyak air masak ye. Sue beli air Bio- evolve sebab badan dah semakin kurang sihat sebab jerebu. Alhamdulillah bagus jugak air beralkali tu sebab anak2, husband dan Sue sendiri cepat sembuh.


Ok sebenarnya nak share pengalaman bawa anak2 naik flight. Betul...inilah pengalaman pertama anak2 naik kapal terbang dan ke luar negara.

Bye2 Malaysia...hello Hong Kong
Alhamdulillah sepanjang 4 jam journey ke Hong Kong, anak2 tak banyak ragam dan tidur je dalam flight. Kami bertolak dari Malaysia pada pukul 9.15am dan mendarat di Hong Kong pada pukul 1.15 tengahari. Sampai je di airport Hong Kong perkara yang kami buat di Terminal 1:
1. Beli octopus card
2. Collect tiket Madame tussauds dan The Peak tram di China Travel agent
3. Beli simcard 5GB data internet

Do read HERE  for tips travel bersama anak-anak kecil. Kami terus keluar airport dan menuju ke bus stop untuk naik bas A21 menuju ke hotel kami di Mongkok. Kami memilih untuk duduk di Mongkok sebab ada 2 MTR station yang berdekatan dengan hotel hanya 200m sahaja daripada hotel kami. Station MTR Prince Edward dan MTR Station Mongkok.


Bus sampai selang 5-7 minit tau. Memang pantas public transport Hong Kong. Perjalanan dari airport ke Mong Kok mengambil masa 30 minit. Gunakan octopus card yang dibeli di airport tadi untuk bayar tambang bas ye. Bas ni bagus sebab sediakan tempat untuk letak luggage di dalam bas dan bas juga double decker.

Kawasan letak luggages dalam bas
Sampai je di Mongkok, kami berjalan kaki menghala ke hotel lebih kurang 100m. Perkara tak bestnya...masa Sue nak melintas jalan bersama stroller, sue terlanggar Ah So Cina yang datang dari Tanah Besar. Sue dah minta maaf pun diorang dok maki hamun dalam bahasa kantonis. Sue pun balas juga makian ah so dalam kantonis terus terdiam si ah so.

Inilah hotel kami
Kami tiba di bajet hotel yang merupakan serviced apartment 15 tingkat dan ada lif. You all kene tunggu 10 minit di luar pintu sebelum owner buka pintu hotel dan check in. Hehehehe maybe dia tengah ralit tengok TV. Walaupun hotel tak sebesar hotel di Malaysia, tapi semua kemudahan lengkap dengan aircond sejuk, tv plasma, water heater, dapur, katil empuk, water dispenser, towel bersih setiap hari, housekeeping setiap hari dan sangat bersih. Cuma hotel memang kecil dan sempit.





Kami berehat sebentar untuk uruskan diri dan solat di hotel sebelum bergerak ke Madame Tussauds dan the Peak/ Sky terrace. Tepat pukul 4petang, kami berjalan kaki dari hotel ke stesen MTR Mongkok. Sila print dan buat banyak copy MTR map yang Sue bagi ni ye untuk you all catit perjalanan.

Dari stesen MTR Mongkok, ambil laluan tren menghala ke stesen MTR Central. Apabila tiba di stesen Central ambil exit J2 untuk ke The Peak Tram. Kami berjalan kaki sejauh 500m dari stesen Central untuk ke The Peak Tram. Boleh tahan jugak jauh dan kene mendaki bukit. Kami sempat juga bergambar di Chater Garden. Gunakan map di bawah ni sebagai panduan ya.

Dari exit J2,ikut laluan bertanda merah
Bila tiba di Peak Tram tu, orang dah ramai beratur nak tunggu giliran naik Tram. Kami menunggu 30 minit untuk sampai giliran dan waktu tu kids pun dah mula meragam. Jadi jangan lupa bawa snack dan mainan yang boleh tenangkan anak2 ye. Perjalanan dari bawah kaki bukit Victoria Peak hingga ke puncak mengambil masa 10 minit.
Ramai orang tunggu turn naik Tram
Tram dah sampai...yeay!!
Yeay!! Sampai dah Madame Tussauds
Ada 5 tourists attraction di Victoria Peak ini antaranya ialah Nature walks at the Peak, The Peak tower, Sky Terrace 428, Madame Tussauds dan Shopping centre The Peak Galleria. Tapi kami hanya serbu Madame Tussauds dulu yang mempunyai lebih 100 patung lilin yang menyerupai artis sebenar. Antara artis hebat yang ada seperti Jackie Chan, Princess D, Audrey Hepburn dan ramai lagi.




Lepas puas bergambar dengan artis-artis terkenal, kami terus ke Sky Terrace 428 untuk melihat pemandangan 360° Hong Kong di waktu malam. Ohh...berada di ketinggian 428meter di atas paras laut, angin malam memang sangat kuat dan kencang. Sejuk sangat dan pastikan anak-anak you all pakai baju lengan panjang, jeans dan kasut bertutup ye. Memang sangat sejuk..nah tengok macam mana kuatnya angin bertiup.





Habis ambil gambar di Sky Terrace 428, kami pun cepat turun untuk queue naik Tram turun ke bawah. Beratur dalam 20 minit jugak nak naik Tram dan perut pun dah lapar. Di shopping complex The Peak takde jual makanan yang diyakini halal, jadi kami beli coffee di Pacific Coffee cafe sahaja untuk panaskan badan. Cuaca malam di Hong Kong sangat sejuk. Setelah turun dari The Peak, kami terus berjalan kaki menuju ke stesen MTR Central untuk pulang ke hotel. Sempat bergambar di Chater Garden dulu.
  

Sampai je di hotel, perut dah kelaparan. Jadi menu makan malam kami masak sendiri bubur nasi dan meggi sup ayam. Lepas makan terus tidur sebab semua excited nak bangun awal untuk ke Disneyland!!! 

See you all in the next entry. Please go to this link for the next entry Day 2: Disneyland Hong Kong- Part 1


Be bold, Be beautiful
Suhaili Isa
012-6842560

No comments:

Post a Comment