Thursday, May 21, 2015

Resepi Mee Suah untuk bayi 9 bulan

Assalam supermama, hari ini Sue nak share resipi mudah untuk bayi 9 bulan ke atas yang dah ada gigi. Jom tengok resipi simple dan mudah.

Resipi: Mee Suah goreng tomato

Mee suah goreng tomato
Bahan-bahannya:

1. Sepeket Mee Suah( basuh dan jangan direndam)
2. 3-4ulas bawang putih ditumbuk
3. Daging ayam cincang
4. Sayur sawi 
5. 3 sudu makan sos tomato
6. 2 sudu besar minyak zaitun
7. Secubit garam, lebih baik gunakan garam buluh untuk kesihatan tubuh 
8. Sebiji telur

Cara memasak :
1. Basuh mee suah dengan air bertapis. Air bertapis terjamin kebersihan dari logam berat seperti klorin,bakteria dan bahan tercemar yang lain. Tos air dan biarkan mee suah di tepi.

Basuh mee suah
2. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih sehingga naik bau dan kekuningan.

Brand Basso yang Sue suka

Tumis bawang putih hingga kekuningan
3. Masukkan ayam cincang dan goreng sampai masak.


4. Masukkan sos tomato dan sebatikan dengan ayam dan bahan tumis. Tambah sedikit air sekiranya terlalu pekat.


5. Masukkan sayur sawi dan kacau sehingga sebati.


6. Masukkan secubit garambuluh sebagai perasa. Apa khasiat garambuluh ni?  Garambuluh bersifat alkali yang membantu untuk merawat masalah kesihatan seperti selsema,demam,dan banyak lagi. Klik di sini untuk info lanjut garam buluh.

7. Masukkan mee suah yang telah dibasuh ke dalam tumisan. Pastikan mee suah tidak direndam supaya mee suah tidak menjadi lembik.

8. Akhir sekali, goreng scramble egg dan letakkan di atas mee suah. Sedap dinikmati dalam keadaan masih panas.

Selamat mencuba supermama,

Salam sayang,
Suhaili Isa

(012-6842560)

2 comments:

  1. Trima kasih puan berkongsi resepi. First time nk introduce mee suah kat baby ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah semoga anak puan membesar dengan sihat. Mee suah ni mudah disediakan dan mengenyangkan anak. kita orang dewasa pun suka jugak kan?

      Delete