Friday, April 24, 2015

5 cara unik kutip hutang

Cara kutip hutang
Haaa...korang mesti ada kawan-kawan yang liat bayar hutangkan? Dulu sebelum pinjam duit, sampai bulan,bintang,marikh,matahari janji-janji manis diberikan. Tapi bila dah waktu bayar, buat-buat lupa pulak. Hehehehe jom Sue share cara unik kutip hutang.

No. 5 : Buat ucapan selamat tengahari atau ucapan selamat kepada rakan yang berhutang di radio EraFM, HotFM, HitzFM ke..

Contoh skrip: Saya nak tujukan ucapan selamat kepada kawan baik saya Markonah binti Ngatimon (bukan nama sebenar) yang berkerja di pejabat tu; hutang aku RM400 bila nak bayar? Dah 4 bulan kau lupa ingatan bayar hutang. Tatatititutu...

No. 4 : Ajak Markonah binti Ngatimon mengopi sesama.. Kau orderla air atau makanan yang best-best sikit. Lepastu kau kata kat Markonah,

"Eh Markonah, aku lupa bawak wallet la. Kau bayarkan dulu la aku punya ni. Nanti tolak je hutang aku yang kau belum bayar tu"

No.3: Tempah banner besar yang korang boleh gantung dekat pagar depan rumah Markonah. Contoh ayat banner:

"Markonah...hutang aku RM 400 dah 3 bulan tak bayar. Sebarang pertanyaan sila hubungi no telefon tertera di banner."

Haa...kelas kau jah...minta hutang siap buat banner lagi. Orang sekampung semua boleh baca banner kau tu.

No.2 : Berkhemah depan rumah orang yang berhutang tu sampai dia bayar hutang.hehehehe bercucuk tanam pun bolehlah.


No.1 : Cuba mengorat suami/isteri/boyfriend/girlfriend orang yang liat bayar hutang tu. Confirm si penghutang tu bayar on the spot hutang ditambah lagi duit imbuhan supaya jangan kacau suami/isteri/boyfriend/girlfriend dia. Hahahhahaha...


Sue bergurau je ni...tapi yang penting, bila kita berhutang wajib dibayar. Kalau masih tak mampu bayar, minta penangguhan dan berazam bayar hutang sehingga habis.

Tapi biasanya kita tengok orang yang berhutang yang liat nak bayar ni, dia pulak lebih pegi bershopping dan berjimba-jimba. Tapi hutang tak nak bayar.

Jom kita bayar hutang yang ada ye. Kalau rasa duit tak cukup, jom start bisnes dengan kami, #thediamondcircle.


Be bold, Be beautiful,

Suhaili Isa
012-6842560

Monday, April 20, 2015

Sneak Peek Diamond Night 2015



Good Morning you all, here you go sneak peek of Diamond Night 2015 event. Berlangsung di Setia City Convention Centre pada 18hb April 2015; anugerah berprestij ni memberi penganugerahan kepada semua Top Achiever bergelar Diamond Sales Manager, Double Diamond Manager dan Car Fund Achiever. Jom tengok apa yang menarik.





Memilih busana RTW dari Rizalman, aksesori dari @neia_kl dan touch up dari @salomabistro, memang menjadi seperti yang Sue dah bayangkan sebelum ni. Busana Rizalman sangat selesa dan nampak unik bila dipakai. Confirm raya tahun ni nak beli sepasang baju raya Rizalman dan juga Fiziwoo. 


Sebelum buat bisnes memang tak terfikir untuk bergaya dengan baju dari fashion designer. Bukan tak mampu, tapi rasanya duit yang ada ketika itu lebih kepada untuk bayar komitmen kepada bank dan anak-anak. Bila dah buat bisnes ni, ada lebihan wang ringgit untuk melaram pulak. Oppsss...janganla kata Sue membazir ya sebab tanggungjawab pada zakat dan sedekah dah dilaksanakan sebaik mungkin.

Tahun ni, Sue ditemani Encik husband waktu naik pentas. Sebak rasa hati, sebelum ni Sue ambil award, husband tak peduli pun. Tapi bila naik pentas berprestij ni, barulah terbuka minda husband. Sampaikan dia pun excited nak naik pentas tahun depan.


Thank you semua rakan kongsi Sue yang hadir pada malam itu. Kejayaan Sue milik kita bersama. Terima kasih mentor hebat yang sanggup datang meraikan Sue terutamanya CDM Hanis Haizi, CDM Shaliza Aziz dan DDM Norain Nizar.








Alhamdulilah tahun 2015 ni Sue dapat naik pentas DiamondNight. Macam tak percaya Sue boleh berada pada tahap sekarang dan naik pangkat dalam bisnes kurang dari setahun. Sebelum ni Sue memang tolak 100% nak buat bisnes dengan Hai-O marketing bila dapat feedback negatif kata perlu cari orang, tipu orang dan ada cousins yang dah mulakan bisnes tapi langsung tak boleh pergi jauh dan gagal.


Sue ambil masa setahun iaitu dari 2012-2013 untuk kaji selidik. Akhirnya pada November 2013 sue mula serius dalam bisnes. Haaa...macammana seorang jurutera yang dah bekerja selama 7 tahun berhenti kerja dan bertukar profession sebagai usahawan Hai-O? Tu Sue akan cerita in the next entry.





Haaa...you all nampak gambar Sue semua elegant je kan? Korang tau tak yang Jalan cerita Sue sebelum naik pentas malam tu dah serupa Cinderella. My shoes tercabut tapak dan rosak. Oh emmm geee...akak kene berkaki ayam dari dewan Setia City Convention Centre ke Shopping mall setia Alam tu just nak repair kasut. Nasib baik ada dilla nasir dan shikin ikin tolong temankan. Thank you korang.



Haaa..tu dia aktiviti gam kasut tengah berlangsung. Tapi sadisnya kedua-dua belah kasut pun tanggal dan rosak. Alhamdulillah ada kawan Aini Talib sudi pinjamkan kasut. Aini talib, kalau kau baca entry ni, aku terhutang budi kat kau sebab bagi pinjam kasut. Bila free nak pulangkan kasut ni? Heheheheh

Ok you all, Sue nak bersiap hantar kids ke rumah nenek diorang. Nak pergi shopping katanya. Hari ni banyak urusan client yang nak pakai Premium Beautiful untuk majlis kahwin. Take care everyone. Wait for  my official full entry on Diamond Night 2015 ya...


Be bold, Be beautiful
Love,

Suhaili Isa
012-6842560

Thursday, April 16, 2015

5 Tips Pilih Calon Suami

Memasuki tahun ke-6 hidup berumahtangga bersama suami, banyak cabaran yang kami lalui. Statistik penceraian menunjukkan bilangan penceraian lebih banyak dalam tempoh 5 tahun pertama perkahwinan. Alhamdulillah walau ada pasang surut dalam ikatan kasih sayang, tapi kami tetap bersama.

Bagi separuh wanita pastinya melihat pangkat, harta dan kerjaya bakal suami sebelum berkahwinkan? Tak salah pun sebab kita mesti nak kehidupan yang selesa lepas kahwin.Tapi Sue pula yang ketika dulu bekerja sebagai seorang Jurutera di syarikat swasta, Sue ramai kawan lelaki yang boleh dikatakan banyak duit. Tapi sayang semuanya tak boleh masuk senarai sebagai suami yang baik.

Waktu Sue ambil keputusan untuk berkahwin dengan suami, kriteria yang Sue pilih lelaki tersebut haruslah:

1. Solat pada waktunya
2. Hormat kedua ibubapa Sue
3. Tak merokok
4. Orang yang berasal dari kampung sebab Sue dibesarkan di Kuala Lumpur
5. Berkerja
6. Mempunyai suara garau yang lembut


Alhamdulillah semua kriteria yang Sue tetapkan, ada pada Encik Rosharizal Rosli. Waktu tu suami Sue hanya ada motor je sebagai kenderaan ke tempat kerja. Mengikat tali pertunangan selama 8 bulan, tanggal 21 November 2009 kami bergelar suami isteri.

Kehidupan kami tak mewah sangat tapi tetapi hidup bahagia. Dari encik suami bermotor, kemudian beliau dapat beli kereta pula. Sue dapat tengok perubahan suami dari tiada apa-apa, sehingga sekarang ni berkerjaya hebat sebagai seorang Senior Executive.

Suami Sue sebagai anak tunggal lelaki dalam keluarga, banyak tanggungjawab yang dipikul untuk jaga Ibu dan adik-adik dia selepas pemergian arwah ayah. Untuk bantu suami kurangkan bebanan hidup, Sue mula memikirkan cara untuk mencari pendapatan tambahan bantu suami dan sara kehidupan kami yang bakal menimang cahaya mata ketika itu tahun 2011. Dalam kepenatan bekerja dan gaji kami yang tak setimpal dengan waktu bekerja yang panjang sehingga 10-12 jam tanpa overtime, Sue tetap melibatkan diri dengan perniagaan.

Sebab apa berniaga? Sebab Sue nak pastikan Sue tak perlu minta duit suami nak beli barang ikut kehendak diri ni. Biar Sue dapat beli barang dengan hasil usaha sendiri. Sesekali teringin pakai barangan mewah, Sue mampu keluarkan duit sendiri untuk beli.


Alhamdulillah kehadiran 2 orang cahaya mata kami mampu menambahkan kasih sayang suami isteri. Untuk mereka yang dalam masalah rumahtangga,Sue harap you all semua sabar dan banyakkan berdoa. Allah bersama-sama mereka yang sabar.

Buat encik suami Rosharizal Rosli, terima kasih kerana sentiasa bersabar dengan sikap isteri yang kuat membebel dan marah-marah ni. Minta maaf kalau banyak kesalahan yang si isteri lakukan yang mengguriskan hati. Semoga encik suami diberikan kesihatan yang baik, dilindungi Allah SWT sewaktu bekerja dan dimurahkan rezeki untuk menyara kami sekeluarga.


Salam Sayang,

Suhaili Isa
(www.suhailiisa.com)


Tuesday, April 14, 2015

Diamond night 2015 preparation

Diamond night is back again. Last year Sue ke diamond night untuk raikan mentor bisnes DDM Norain nizar ambil award. Tahun ni macam tak percaya pulak yang Sue pula bakal naik pentas terima award. Mixed feeling nervous, happy, pening semua ada. Ni...Sue risau terpijak kain waktu naik pentas nanti. Habislah saham I kalau jatuh tergolek dengan heels 5 inci dan dress meleret. Hahahahahha


Sue pilih RTW from Rizalman, 2 piece dress yang Sue boleh mix and match dengan outfit lain. I am not a big fan of lacey dress, dress kembang Cinderella atau dress yang sarat dengan accessories. For me, less is more. So nanti I just add a touch of necklace and glitter shawl.

By the way, ramai tanya RTW Rizalman ni sesuai badan size macam mana? RTW Rizalman didatangkan dalam size S,M,L,XL dan Sue rasa  size baju RTW Rizalman ni sesuai untuk mereka yang berat 60kg ke bawah. More than that, you have to custom made.


Some of outfits mereka yang bakal hadir ke majlis gilang gemilang ni nanti. Istimewanya diamond night ni, tersedia buffet dinner round table untuk para hadirin. Dan malam tu juga kita boleh beramah mesra dengan mereka yang bergelar jutawan.

Alhamdulillah tahun ni, encik husband ada bersama untuk raikan Sue. Tak sabarnya rasa nak naik pentas. Oh by the way, mereka yang bergelar diamond ni, income bulanan mencecah 5-6 angka sebulan. Bayangkan kalau you all ada extra duit RM 8000 sebulan minimum pun dah rasa banyak kan?

Teringat setahun yang lepas Sue mulakan perniagaan tanpa ilmu dan skill berniaga. Alhamdulillah setahun berlalu, Sue mampu hasilkan jualan mencecah setengah juta ringgit. Tak tahu bisnes, jangan risau sebab ada bantuan mentor dan kumpulan yang sangat supportive.

Ok you all...I nak continue jahit manik pada shawl nak pakai nanti. Take care


Be Bold, Be Beautiful,
Suhaili Isa
(www.suhailiisa.com)


Sunday, April 12, 2015

Fast and Furious 7 : #forpaul



Have you watched Fast and Furious 7?? Sue dah tengok rabu lepas wih encik husband. We went to Tropicana city mall after transit our kids dekat rumah nenek for awhile. Well, being married for 6 years, you really need a quality alone time with your spouse. Ni antara aktiviti yang menyemarakkan lagi cinta antara suami isteri.

For me..jalan cerita FF7 ada yang best dan ada yang slow. Bila part slow tu, Sue siap tertido. FF7 ni continuation from FF6, Jason Statham berlakon sebagai abang kepada Owen Shaw nak balas dendam pada group Dom.

Banyak action pack scenes yang memang mendebarkan dan kereta-kereta mewah yang berterbangan. Maserati, Bugatti, Nissan GTR semuanya boleh terbang. Lepas ni tak perlu dah naik kapal terbang, kereta pun boleh terbang.




Here you go..recap for the fast and furious saga. Dulu-dulu zaman 2003, Sue tak layan sangat fast & furious. Maklumlah busy study, assignment dan projects.




Pasti semua yang tengok FF7 ni akan tersentuh hati bila scene terakhir yang didedikasikan kepada the late Paul Walker. Husband Sue kata siap menangis dia. Tapi Sue tak pulak menangis. Heheheh Sue memang jarang menangis kalau tengok cerita sedih. Air mata ni special sangat uollss..

By the way, for those yang belum tengok lagi FF7, do buy your ticket now dan pegi tengok harini jugak.

Salam sayang,

Suhaili Isa
www.suhailiisa.com


Wednesday, April 1, 2015

April, permulaan kehidupan baru berGST

Assalam readers,

How was your day so far? Facebook wall Sue penuh dengan gambar resit berGST dan rungutan tentang GST. Kenaikan kos sara hidup ni dah berlaku lama. Cuma kita je yang belum terbuka mata dan minda untuk buat persediaan rapi dengan cara kurangkan perbelanjaan atau tambahkan pendapatan.


Sebagai seorang wanita yang dulu berkerjaya hebat dan berhenti kerja, lalu membuat keputusan berhenti kerja dan mulakan perniagaan, Sue amalkan tips menabung dan berusaha mencari extra income tanpa menyusahkan suami minta duit.

Antara tips :

1. Rancang perbelanjaan harian anda dalam sebuah buku.
2. Nilaikan setiap barang yang ingin dibeli samada keperluan atau kehendak.
3. Buat tabungan 10% dari hasil income yang kita dapat.
4. Tambahkan pendapatan anda dengan mulakan perniagaan.
5. Pastikan perniagaan anda didatangkan dengan mentor yang membantu pandu arah anda dalam kejayaan bisnes.
6. Asingkan duit untuk bersedekah.
7. Percaya pada rezeki Allah
8. Buang segala alasan sekiranya hendak berjaya.
9. Biar bersusah dahulu, dan kesenangan pasti akan dicapai kemudian.
10. Bersedia untuk berkorban masa dan tenaga untuk kehidupan yang lebih baik.

Sue harap tips di atas membantu anda semua untuk merancang kewangan dan mulakan menabung untuk masa depan.


XOXO,
Suhaili Isa
012-6842560