Wednesday, March 18, 2015

Melawat rakan dalam kesusahan



Assalam readers,

Entry kali ini, Sue nak share pengalaman melawat seorang sahabat yang berada dalam kesusahan sekarang. Kadang-kadang kita rasa diri kita ini dah cukup susah dengan beban hutang dan kesempitan hidup di bandar. Rupanya ramai lagi orang lebih susah daripada kita. 

Jumaat lepas bersamaan 13 Mac 2015, Sue kosongkan jadual bisnes untuk melawat seorang rakan di PPR Desa Rejang Setapak Jaya. Rakan baik sewaktu di sekolah rendah dulu.Tak sampai hati bila terima mesej dari beliau yang dalam keadaan susah disebabkan suami tidak dapat bekerja kerana sakit. Luluh hati bila beliau cerita anak-anak belum makan, susu dan pampers pun dah habis. Suaminya bekerja bawa teksi harian dan sahabat Sue seorang surirumah.

Sebelum melawat sahabat, Sue sempat ke kedai rakyat 1 Malaysia yang berdekatan dan borong barang keperluan makanan untuk mereka. Alhamdulillah harga di kedai rakyat 1 Malaysia sangat berbaloi. Mungkin bila GST dikuatkuasakan akan beri sedikit impak pada ekonomi keluarga. Dalam 15 minit perjalanan, Sue sampai ke rumah rakan tersebut. Sebenarnya, ini merupakan pertemuan pertama kami selepas 19 tahun tak berjumpa disebabkan membawa haluan masing-masing menuntut ilmu.


www.suhailiisa.com
Kedai Rakyat 1 Malaysia pertama di Selayang

PPR Desa Rejang sangat complete dan terancang. Ada disediakan pusat komuniti penduduk, taman permainan dan rekreasi, Klinik 1 Malaysia yang disediakan dalam kawasan flat, pasar basah, blok-blok kedai runcit serta bank-bank yang memudahkan penduduk melakukan urusan perbankan.


www.suhailiisa.com
Entrance ke PPR Desa Rejang



Banyak cerita yang kami bualkan dan antaranya kisah beliau diberhentikan kerja di salah sebuah syarikat Oil & Gas terkemuka di Malaysia disebabkan keadaan pengurusan syarikat ketika itu yang tak stabil. Bayangkan dari menyewa rumah sendiri sekarang terpaksa berpindah dan menumpang di rumah orang lain disebabkan keadaan ekonomi keluarga. Sedih tengok keadaan sahabat.

Tapi apa yang membuatkan Sue kagum dengan semangat rakan Sue ni, dia ingin bangkit mengubah ekonomi keluarga dan bantu suami. Beliau minta Sue ajarkan cara untuk bisnes secara online dan buat bisnes di rumah. Alhamdulillah dalam bisnes yang Sue jalankan ini, tak pandang berapa modal yang kita keluarkan, tetapi semangat juang untuk ubah ekonomi keluarga yang paling penting untuk berjaya dalam bisnes. Produk yang Sue tawarkan pula sangat berkesan. Rasa bersyukur sangat dapat bantu sahabat Sue mulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Happy sangat bila rakan Sue dah mula buat bisnes dan sudah ada permintaan untuk produk. Senang je bisnes ni bila kita pandai gunakan online sebagai medium. Jadi bagi mereka yang teringin belajar bisnes secara online dengan betul, dan genggam income extra 4-5 angka seperti apa yang Sue terima sekarang sambil duduk rumah; contact No. Sue ada tertera pada blog :)


Be bold, Be beautiful,

Suhaili Isa
012-6842560


No comments:

Post a Comment