Friday, December 19, 2014

Isteri dan kisah baju kelawar

18 December 2014,

Pagi-pagi Sue dah kemas wardrobe buat spring cleaning. Berhelai-helai baju kelawar Sue kumpulkan letak depan pintu bilik. Niat nak bagi pada orang yang memerlukan. Merajuk dengan husband, habis baju kelawar dihumbankan. Heheheheh apa kes???

Kes minggu lepas, Sue dan husband baru je sampai rumah dari ambil anak-anak pukul 8 malam. Sampai je di rumah; Sue terus tukar baju kelawar sebab senang dan selesa nak buat kerja-kerja rumahkan? Haaaa...kalau perempuan yang dah berstatus ibu beranak lebih daripada 2 orang dan takde maid yang membantu ni, memang wajib rasanya ada baju kelawar dalam almari.

Tengah si isteri sibuk membasuh baju dan pinggan mangkuk, datangla encik husband yang dah siap mandi turun dari tingkat atas rumah, tercari-cari si isteri di dapur. Bila nampak je si isteri dengan baju kelawar corak bunga sambil sinsing lengan, sedap dan laju je ayat perli keluar dari mulut encik suami.

" Ish...takde baju lain ke nak pakai? Pakai baju kelawar serupa orang tua la awak ni. Balik rumah je selekeh. Tadi kat luar boleh je pakai baju cantik-cantik. Ni sampai rumah serupa orang gaji Indonesia"

Ha...kau, tak sentap si isteri dengar ayat manis dari encik suami ni?? Apa lagi Sue tarik muncung boikot encik suami malam tu. hehehehhe sebenarnya bagus juga sekali sekala suami kita tegur cara isteri berpakaian di rumah. Bila kat rumahla kita patut memakai pakaian yang cantik dan memikat suami. 

So sejak dari malam tu, Sue dah tak sentuh dan pakai langsung baju kelawar bila di rumah. Baby-T, slim fit t-shirt dan palazzo akan menjadi pilihan di rumah sebagai uniform Sue untuk buat house chores.

Jangan ambil mudah ye isteri-isteri sekalian, walaupun usia perkahwinan dah lebih 10 tahun, itu bukan alasan untuk kita tak berpakaian cantik depan suami. Pakailah baju yang mengikut bentuk badan di rumah selalu. Bentuk badan pula mestilah dikekalkan seperti zaman anak dara dulu. Kalau rasa badan dah macam kene pam, pakai premium beautiful supaya badan berbentuk cantik.

Tapi ada segelintir isteri yang kata, 
" suami saya tak kisah saya selekeh di rumah. Gemuk pun dia tak kisah"

Jawapan saya : You all pasti suami tak kisah? You all pasti yang suami kita tak tengok perempuan lain di tempat kerja yang berpakaian cantik dan berbadan kurus? Lumrah kita manusia tak kira lelaki atau perempuan, semua suka pada benda yang cantik. Jadi tak salah pun kalau kita sebagai isteri jaga kecantikan. Asalkan tak mengubah ciptaan asal Allah SWT.

Baju kelawar kontroversi yang menyebabkan isteri kecik hati pada suami

Mungkin ada yang tak sependapat dengan Sue, tapi ini realiti yang Sue share pengalaman hidup berumahtangga kami, (Rosharizal rosli & Suhaili Isa). Semoga ikatan perkahwinan kami kekal hingga ke Jannah, Aminn...


XOXO,

Suhaili Isa