Sunday, December 14, 2014

Restaurant review : Fiske steakhouse AU keramat

Assalam readers,
Lama Sue tak menulis entry. Bukan apa, minggu ni memang Sue busy dengan aktiviti business dan family. Tapi dalam kesibukan tu, sempat juga bawa ayah tercinta Mohd Isa Ibrahim makan steak di Fiske Steakhouse sempena hari ulangtahun kelahiran yang ke-63. Haaa....unikkan nama kedai tu.

Terletak di medan selera Taman Keramat AU, Fiske steakhouse menawarkan makanan barat dan juga Asam pedas Melaka. Waktu beroperasi bermula 12 tengahari - 12 tengahmalam.

Antara menu yang disediakan di Fiske steakhouse dengan harga berpatutan dan kualiti makanan yang sama baiknya dari restoren gah seperti Tony Roma, Victoria Station, TGI dan banyak lagi. Sekiranya anda membawa family, datanglah ke Fiske Steakhouse kerana harganya yang sangat berpatutan.
Grilled dory dan side dishes
Grilled beef steak with side dishes
Harga makanan di Fiske sangat berpatutan. Paling mahal salmon grill berharga RM 30-40 sahaja. Semua makanan di bawah RM 40. Minuman gelas besar berharga RM 3-4.

Apa yang Sue suka, makanan akan sampai 15 minit selepas order. Cepatkan?? Memang sedap makanan di sini.

Mungkin ada kekurangan dari segi parking lot sahaja. Setiap hari restoren akan full house. So better call and book your seats.

See you all in the next entry on Felixia yeap.


XOXO
Suhaili Isa