Wednesday, November 5, 2014

Travelog - Taiwan in July 2011

Assalam semua, Sue baru balik pakaikan Premium Beautiful kepada client untuk free fitting. Ye betul sebelum beli PB, kita perlu cuba secara percuma untuk rasa material dan keselesaannya.


Jadi hari ini nak update tentang Taiwan pada musim panas. Those yang dah pergi Taiwan mesti rasa seronok. 



Taiwan Airport

Bandar taiwan siang hari. Ada KFC & McD tapi Non-halal
Actually free trip ke Taiwan ini atas urusan kerja. Sue pergi bersama 2 orang bos untuk melawat kilang. Kami tinggal di Landmark Inn Hsin Chuang New Taipei Hotel bertaraf 4 bintang. Makanan di hotel ini menyediakan halal food di restoren. Menu breakfast antaranya ialah telur rebus, roti, pau,scramble egg dan pastries.

Deluxe room


Bathroom area

Hari pertama dapat melawat ke Taipei 101 mall. Taipei 101 merupakan bangunan tertinggi di Taiwan. Shopping mall nya bertaraf Pavillion dan KLCC di Kuala Lumpur tetapi dengan designer outlet yang lebih banyak dari Malaysia. 


Taipei from below
Taipei 101 mall banyak designer outlet yang takde di Malaysia




Hari ke-2 sehingga ke-4, kami banyak menghabiskan masa melawat kilang dan bermesyuarat. Antara tempat menarik yang kami lawati ialah kawah gunung berapi, temple of God of earth dan taman geologi park Taiwan. Jom tengok tempat menarik di Taiwan.













Kalau dari segi makanan halal, sedikit susah untuk mencarinya. Selama 4 hari di sana, Sue banyak makan seafood, steamboat dan pancake.


Seafood platter

Prawn starter

Pancake lunch with tuna
Kalau diberi peluang pasti akan kembali ke Taiwan pada musim bunga dan musim sejuk pula. Kalau ke Taiwan jangan lupa minum Chatime ye. Dan rasa buah tembikai mereka yang sangat besar.


tembikai taiwan
Ok Sue nak bersiap jumpa bisnes partner untuk sesi turunkan ilmu dan memantau progress bisnes rakan kongsi. Tak susah buat bisnes ni, yang penting mesti selalu rujuk pemimpin yang berjaya.

Salam sayang,
Suhaili
(www.suerizal.com)