Friday, October 31, 2014

Kenapa lelaki suka wanita kurus

Cara kuruskan badan

Assalam hi morning readers,

Harini nak cerita mengapa lelaki suka wanita kurus. Kurus di sini bukanlah bermaksud kurus seperti model. Tapi lebih kepada berat yang ideal mengikut ketinggian badan.

1. Perempuan kurus atau berat badan ideal lebih sihat tubuh badan dan kurang diserang penyakit jantung, diabetes, kolesterol tinggi, sakit sendi dan paling utama kaki kurang bengkak.

2. Perempuan yang kurus lebih mudah didukung suami berbanding perempuan berbadan besar. Confirm suami lagi sayang.

3. Lelaki suka perempuan yang kurus kerana dia tahu perempuan kurus berusaha untuk menjaga penampilan dan bukanlah perempuan yang bersifat cincai atau sambil lewa.

4. Perempuan dengan berat badan yang ideal senang untuk dipeluk oleh suami sekaligus memanjangkan umur suami dengan 5 saat pelukan.

5. Ada separuh suami malu apabila isterinya gemuk sedangkan isteri kawan yang lain kurus. Kita pun tak boleh nak halang perasaan suamikan? Jadi berusahalah untuk kurus bila suami kita ni dah mula malu nak bawa kita jumpa kawan2 dia.

Ok sampai sini sahaja entry tentang kurus. Berat badan yang ideal dapat mengelakkan banyak penyakit bahaya atau penyakit orang kaya yang disebabkan oleh terlebih makan.

Bayangkan kos rawatan untuk dialisis, penyakit jantung, buah pinggang dan kencing manis menelan belanja puluhan ribu. Jadi jagalah kesihatan badan kita ya.

Salam sayang,
Suhaili