Thursday, October 9, 2014

Avillion Admiral Cove Port Dickson

Assalam hi readers,


Macam mana cuti hari raya haji you all? Semoga dimanfaatkan dengan sebaiknya bersama keluarga tercinta. Sue dan family beraya di Kuala Lumpur bersama parents Sue. Hari raya kedua kami bertolak ke Port Dickson untuk short trip family vacation.



Memilih untuk menetap di Hotel Avillion Admiral Cove memang sangat menenangkan. Jom tengok apa yang best di Admiral Cove Port Dickson.




4 star hotel di Port Dickson yang memiliki private beach, kawasan untuk kapal berlabuh serta pembaikan kapal. 

avillion admiral cove



Jom tengok lobby dan studio room yang kami pilih untuk bermalam. Bilik kami terletak do bahagian View Room Area. Bangun pagi je boleh tengok pemandangan laut yang luas serta bot mewah yang berlabuh di kawasan dok.


Hotel Lobby area yang sangat kreatif. Katil lama dijadikan tempat menunggu

Guest Area
Jom tengok studio room yang kami pilih. Studio room Avillion disediakan dengan satu King Size bed yang empuk, satu day bed, workstation area, bathroom area dengan bathtub yang besar dan pantry area. Berkonsepkan Japanese, wooden sliding door memisahkan antara bedroom dan living area.

Studio room facing the sea

small hall area in hotel room

Pantry area and workstation

Bathroom

Jom tengok apa aktiviti yang menarik di sekitar kawasan Avillion Admiral Cove Port dickson. Avillion admiral Cove mempunyai pantai persendirian khas untuk tetamu hotel. Apa yang membuatkan Sue tertarik dan jatuh cinta dengan hotel ni ialah, kebersihan, keindahan pantai dan fasiliti hotel yang lengkap disediakan seperti gymnasium, children playroom area, babysitting services dan banyak lagi.

Private beach untuk tetamu hotel

Swimming pool area for kids and adults

Kolam ikan 
 
Sunset View yang menarik
Antara aktiviti menarik yang disediakan oleh pihak hotel ialah:-

1. Tough Nation including Flying fox, Abseiling and climbing
2. Marina activities - Cruise, Sailing, fish feeding & walk on pontoon
3. Water sports - boat rides, jet ski, fishing trip, crab hunting, kayak & snorkelling
4. Recreational activities - Archery, bicycle, KMX, paddle boat, volleyball, waterball and yoyo car

Jadi bagi mereka yang masih tercari-cari tempat untuk menginap di Port dickson, pilihla Avillon Admiral Cove sebagai satu destinasi penginapan terbaik melepaskan tekanan dan hiruk pikuk bandar Kuala Lumpur.

Bergambar sebelum check out

XOXO,

Suhaili Isa
www.suerizal.com