Thursday, September 18, 2014

From Working Mom to Fulltime Homemaker

Assalamualaikum semua,

Harini Sue nak share a few tips macam mana Sue bertukar kerjaya yang sebelum ini sebagai seorang jurutera selama 7 tahun kepada seorang surirumah yang berpendapatan tetap. Sue pasti, ramai ibu-ibu yang bekerja punyai hasrat yang sama untuk menjadi surirumah sepenuh masa kan? Tetapi zaman sekarang dengan kos hidup yang tinggi, tentu mommies sekalian lupakan sebentar hasrat nak jadi fulltime housewife.




Jadi Sue share sikit sebanyak tips yang Sue buat ye.
  • Pastikan ada savings yang mencukupi untuk langsaikan hutang. Sekurang-kurangnya 4-5 bulan savings. ( Tapi Sue tetap kekurangan savings waktu nak berhenti kerja dulu)
  • Pastikan kita ada melabur beli gelang atau rantai emas. Emas ini salah satu sumber yang boleh kita tukarkan dengan tunai untuk dijadikan modal berniaga.
  • Sediakan menu keluarga untuk sebulan, setiap awal bulan supaya belanja dapur dapat dirancang dengan teliti.
  • Pastikan mommies semua tiada hutang credit card, personal loan atau loan kereta. ( Sue masih ada loan yang belum dihabiskan waktu berhenti kerja)
  • Berbincang dengan suami, perbelanjaan mana yang perlu dikurangkan kerana selepas anda berhenti, suami menanggung semua perbelanjaan rumah.
  • Dapatkan sokongan moral pada kumpulan yang positif.
  • Banyakkan membaca akhbar dan bahan bacaan berilmiah untuk tambah pengetahuan semasa.
  • Sekiranya anda masih mempunyai hutang, langsaikan hutang yang mempunyai interest paling tinggi dan hutang yang memberikan anda mobiliti seperti hutang kenderaan.
  • Gunakan kemahiran atau hobi anda untuk ditukarkan dengan wang ringgit.
  • Sediakan budget kewangan setiap bulan.
  • Mulakan perniagaan secara online.
  • Pastikan hasil perniagaan di bahagi 50% untuk simpanan.
  • Cari group yang membantu, mengajar dan membimbing perniagaan online anda supaya anda kekalkan hasil jualan setiap bulan.
  • Ketepikan sejumlah wang setiap bulan untuk sedekah.
  • Percaya dengan rezeki Allah dengan melebihkan solat dhuha, istighfar dan berzikir.
Hope dapat membantu mommies semua yang dalam perancangan untuk bertukar kerjaya sebagai mompreneur. 

Salam sayang,
Suhaili Isa

012-6842560