Sunday, June 1, 2014

Petua atasi tumit merekah

Assalam ladies, I had a chance to watch Nona on TV3 just now. Tips dan petua untuk merawat tumit kaki merekah yang selalu berlaku pada wanita yang rajin menggunakan kasut tumit tinggi. I am an avid lover of high heels, so I share these few tips which I have tried to get smooth and silky heel.

1. Ambil asam jawa dan lumurkan pada tumit semalaman. Bangun pagi gosok tumit menggunakan garambuluh dan rendam bersama air suam bercampur garambuluh. Amalkan 3 kali seminggu.

2. Ubat gigi juga boleh digunakan untuk merawat tumit pecah. Picit sedikit keluar ubat gigi dan lumurkan pada tumit yang merekah. Biarkan selama 15minit dan gosok tumit menggunakan batu sungai.

3. Ambil 5 biji bawang putih dan tumbuk sehingga keluar jus. Kemudian lumurkan pada tumit serta biarkan sehingga kering selama 15minit. Bilas bersih tumit dengan air suam.

4. Daun sirih bukan sahaja digunakan untuk menjaga bahagian intim wanita, ianya juga boleh digunakan untuk merawat tumit merekah. Ambil 2 helai daun sireh, ramas dalam air suam. Setelah
daun lembut, sapukan pada tumit. Bilas dengan air suam.

5. Tips yang terakhir, amalkan minum bbplus collagen segelas sebelum tidur. Kandungan kolagen ikan terhidrolisis yang terdapat dalam kolagen ni membantu untuk merawat masalah tumit merekah dalam masa paling awal 15-20 hari.

Semua tips ini, Sue dah cuba dan memang terbukti berkesan. Alhamdulillah walaupun seharian menggunakan kasut tumit tinggi, tumit kekal cantik dan lembut. So cepat-cepat amalkan petua ni ye ladies.


Salam sayang,
(Suhaili)
www.suerizal.com