Wednesday, May 28, 2014

Al-fatihah dan Salam Takziah buat Warga Perak

Bismillahirahmannirrahim, Semua yang hidup pasti akan menghadapi kematian. Al-marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan shah mangkat pada 28 May 2014 pada pukul 1.30pm di Institut Jantung Negara.

Takziah diucapkan buat keluarga,kerabat di Raja dan semua warga Perak. Al-marhum Sultan Azlan Shah akan dikebumikan di makam di Raja Istana Kuala Kangsar pada 29 May 2014.

Menteri Besar Perak mengishtiharkan hari Khamis merupakan hari cuti peristiwa untuk warga Perak. Menteri Besar juga mengumumkan bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang untuk tempoh berkabung seluruh negara selama 7 hari manakala bendera Perak dikibarkan separuh tiang untuk tempoh berkabung selama 100 hari.

Perginya seorang Sultan berjiwa rakyat dan seorang peguam dan hakim yang berwibawa. Semoga roh Al-Marhum ditempatkan dikalangan orang yang soleh.

Al-Fatihah,