Assalamualaikum,apa khabar anda? malam ini nak berkongsi topik kejayaan.
Setiap insan di dunia ini, memang sangat mengharapkan kejayaan dalam apa jua yang kita lakukan. Ada yang berkerja lebih masa untuk naik pangkat, ada yang belajar sehingga ke pagi untuk berjaya dalam peperiksaan dan ada juga yang sanggup menindas orang untuk mendaki puncak kejayaan.
Apa itu kejayaan?
Kejayaan bersifat subjektif. Ada yang mengukur kejayaan dengan material, lulus peperiksaan dan sebagainya. Tetapi kejayaan yang paling manis ialah apabila kita dapat mendidik orang lain untuk berjaya seperti diri kita sendiri dan menambahkan X-FACTOR dalam kehidupan orang lain.
Apa proses kejayan?
Kejayaan memerlukan plan tindakan dan kita harus bertindak mengikut plan tindakan yang telah dihasilkan untuk mencapai kejayaan. Sekiranya gagal, teruskan mencuba sehinggalah berjaya. Kejayaan tidak datang bergolek melainkan dengan doa,usaha,ijtihad dan tawakal.
Sekiranya apa yang kita rancangkan kurang berjaya, sentiasa muhasabah diri dan cari di mana kesilapan kita. "The Road to Success Is Always Under Construction". Jangan berhenti mengejar kejayaan kerana kita sebagai umat islam diseru untuk mencapai kejayaan oleh Allah.
Semoga berjumpa pada entri yang seterusnya, Sue ucapkan Selamat Berjaya Dunia & Akhirat buat anda semua.
Salam sayang,
Suhaili
(www.suerizal.com)