Friday, March 14, 2014

Arrival Day : Brisbane - Paradise Country Farm (16th February 2014)

This post is continuation from  Leaving on Jet Plane - Kuala Lumpur- Singapore-Brisbane  
We arrived Brisbane at 10.30am waktu Australia bersamaan dengan pukul 8.30am waktu Malaysia. Beza waktu antara 2 buah negara tersebut ialah 2 jam lebih awal.

Hi orang Malaysia, kami sampai Brisbane dah

Sampai sahaja di Lapangan terbang, kami terus mengambil beg masing-masing dan berlari penuh excited ke arah bas-bas yang telah disediakan sepanjang tour kami di Gold Coast. Rasa macam VVIP bila tengok driver bas tu 'Mat Salleh'. Di Australia, driver bas digelar ' Coach Captain'. Destinasi pertama kami ialah 'Paradise Country Farm'

Paradise Country Farm

Sampai sahaja di sini, cuaca sangat panas mencecah 38 darjah celcius. Alhamdulillah pihak syarikat bekalkan 2 botol Spring water kepada kami. So tak perlu nak keluarkan duit beli air minuman. Sebelum beramah mesra dengan kangaroo dan koala, kami isi perut yang dah berbunyi. Menu untuk lunch semestinya steak menjadi pilihan. Don't worry, daging di sini Halal, Australia merupakan pengeluar daging halal terbesar di dunia.

Beef steak for lunch, salad dan kentang yang sedap

Ambil gambar dulu sebelum makan

Perut pun dah kenyang, aktiviti pertama kami ialah melihat cara Aussie Cowboy menyediakan teh dan roti cara Cowboy. Teh yang disediakan rasa seperti 'Chinese Tea' dan roti yang dimasak atas unggun api tu memang sangat lembut dan gebu. Rugi kalau tak cuba!!!

Cowboy abang besar tunjuk cara sediakan teh dan roti cara cowboy

Minum teh yang abang besar sediakan- sedap sangat
Kemudian kami tengok pertunjukan kambing biri-biri dicukur bulu nak buat carpet.hehehhe...bulu kambing tu memang tebal sesuai buat carpet.

Abang besar tadi ada bakat cukur bulu kambing biri-biri
Lepas habis show, we all terus pergi ambil gambar dengan koala. Di Paradise Farm ni sahaja kita dapat dukung dan ambil gambar bersama koala. No other places in the world yang berikan kebenaran untuk pegang koala sebab this is a species near extinction. So kalau datang Brisbane, jangan lepaskan peluang datang melawat Paradise Farm ni ye.

Koala ni keje dia makan dan tidur sahaja

Gambar peluk koala, comel macam baby


Lepas puas bergambar bersama koala, kami pergi beramah mesra dengan kangaroo... Yeay excited sangat sebab 1st time tengok kangaroo ni. 

Kangaroo yang comel, tak berani dekat


Takut nak pegang kangaroo, nanti kene tendang

At exactly 4.30pm, we all semua dah letih dan bersiap sedia nak naik bas menuju ke hotel kami, hotel Outrigger Surfers Paradise. Sebelum meninggalkan Paradise Country Farm, kami sempat bergambar kenangan bersama ahli kumpulan.

Bergambar kenangan bersama kumpulan #thediamondcircle


So, this is the end of the 1st day journal at Paradise Country Farm. Kita jumpa lagi pada entry berikutnya. Follow Sue at #Glamjourneys, #thediamondcircle, #tdcingoldcoast

Tips semasa di Paradise Country Farm:-
  1. Pakai pakaian yang sesuai untuk cuaca panas dan pakai kasut bertutup.
  2. Minum banyak air kerana cuaca sangat panas terutamanya waktu musim panas di Australia.
  3. Mesti cuba minum teh dan makan roti disediakan Aussie Cowboy.
  4. Jangan lepaskan peluang ambil gambar bersama koala dan kangaroo.
  5. Beli souvenir beg kanak-kanak yang ada plush toy kangaroo dan koala tu, sebab kat sini murah.
Salam sayang,
Suhaili
(www.suerizal.com)