Wednesday, May 28, 2014

Al-fatihah dan Salam Takziah buat Warga Perak

Bismillahirahmannirrahim, Semua yang hidup pasti akan menghadapi kematian. Al-marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan shah mangkat pada 28 May 2014 pada pukul 1.30pm di Institut Jantung Negara.

Takziah diucapkan buat keluarga,kerabat di Raja dan semua warga Perak. Al-marhum Sultan Azlan Shah akan dikebumikan di makam di Raja Istana Kuala Kangsar pada 29 May 2014.

Menteri Besar Perak mengishtiharkan hari Khamis merupakan hari cuti peristiwa untuk warga Perak. Menteri Besar juga mengumumkan bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang untuk tempoh berkabung seluruh negara selama 7 hari manakala bendera Perak dikibarkan separuh tiang untuk tempoh berkabung selama 100 hari.

Perginya seorang Sultan berjiwa rakyat dan seorang peguam dan hakim yang berwibawa. Semoga roh Al-Marhum ditempatkan dikalangan orang yang soleh.

Al-Fatihah,

Monday, May 26, 2014

Motivasi Diri - Tips Kejayaan Hidup

Assalamualaikum,apa khabar anda? malam ini nak berkongsi topik kejayaan.

 

Setiap insan di dunia ini, memang sangat mengharapkan kejayaan dalam apa jua yang kita lakukan. Ada yang berkerja lebih masa untuk naik pangkat, ada yang belajar sehingga ke pagi untuk berjaya dalam peperiksaan dan ada juga yang sanggup menindas orang untuk mendaki puncak kejayaan.

 

Apa itu kejayaan?

 

Kejayaan bersifat subjektif. Ada yang mengukur kejayaan dengan material, lulus peperiksaan dan sebagainya. Tetapi kejayaan yang paling manis ialah apabila kita dapat mendidik orang lain untuk berjaya seperti diri kita sendiri dan menambahkan X-FACTOR dalam kehidupan orang lain. 


Apa proses kejayan?


tips kejayaan www.suerizal.com


Kejayaan memerlukan  plan tindakan dan kita harus bertindak mengikut plan tindakan yang telah dihasilkan untuk mencapai kejayaan. Sekiranya gagal, teruskan mencuba sehinggalah berjaya. Kejayaan tidak datang bergolek melainkan dengan doa,usaha,ijtihad dan tawakal.

 


success www.suerizal.com


Sekiranya apa yang kita rancangkan kurang berjaya, sentiasa muhasabah diri dan cari di mana kesilapan kita. "The Road to Success Is Always Under Construction". Jangan berhenti mengejar kejayaan kerana kita sebagai umat islam diseru untuk mencapai kejayaan oleh Allah.


Semoga berjumpa pada entri yang seterusnya, Sue ucapkan Selamat Berjaya Dunia & Akhirat buat anda semua.


tips success www.suerizal.com

Salam sayang,

Suhaili

(www.suerizal.com)

Sunday, May 4, 2014

Tips kuruskan berat badan dengan cepat

Haaaa..... malam ni sebelum tidur, Sue nak share cara Sue turunkan berat badan selepas bersalin sebanyak 15kg dalam masa maksimum 6 bulan. Mesti dah tak sabarkan???

Jom amalkan petua ni ye:-

  • Jangan tinggalkan sarapan pagi. Menu sarapan Sue,1 cawan mineral coffee panas dengan 2keping roti wholemeal. Mineral coffee ni mempunyai cafeine sebanyak 1% dan tanpa gula.
  •  Garambuluh yang terkandung dalam mineral coffee mempunyai khasiat untuk turunkan berat badan.
  • Kerap breastfeed baby dalam selang 2-3 jam. 500 kalori sehari digunakan untuk menghasilkan susu dan aktiviti menyusu.
  • Lebihkan makanan berasaskan protein dan sayuran hijau. Sue hanya ambil karbohidrat dalam bentuk meehun sahaja. Kalau nasi, sue amalkan makan separuh cawan nasi sahaja untuk makan tengahari.
  • Menu makan malam pula sue ambil sup tauhu atau sayur bersama ayam bakar. Malam ni makan tanpa karbohidrat.
  • Kalau lapar waktu teabreak selalu sue akan makan 3keping biskut kering atau yogurt bersama buahan berries.
  • Memandangkan Sue kerja sangat sibuk, aktiviti senaman Sue lebih kepada menaiki tangga, park kereta jauh so that boleh jalan kaki, skipping 100 kali everyday, lakukan kerja mengemas rumah seperti mop lantai 2 kali.
  • Minum air masak 2-3liter.
  • Akhir sekali Sue pastikan setiap hari pakai Premium Beautiful Lingerie untuk 8 jam sehari. Automatic perut akan terasa kenyang dan mengawal selera makan.
Ok tips dah bagi, jom tengok transformation Sue pada tahun 2013 berat badan 65kg turun sehingga 53 kg pada tahun 2014. So kalau uollsss nak dapatkan free consultation untuk turunkan berat badan dengan cepat, do contact me ok.

Sue 012-6842560.