Sunday, December 28, 2014

Cara kuruskan badan untuk Ibu breastfeeding

Assalam semua,

Tentu ramaikan yang nak kuruskan badan terutamanya yang dalam pantang dan yang menyusukan anak. Tapi ramai risau kalau kita diet, bekalan susu akan sikit. Kali ni, sue nak share cara selamat untuk turunkan berat badan sambil breastfeed anak. Jom tengok gambar Sue dulu 6 bulan lepas bersalin.




Masa ni sue tembam lagi dengan extra baby fat dari anak pertama,kandungan ke-2 dan anak yang ke-3. Waktu ni bulan Februari 2014,Berat 61kg. Berat sebelum bersalin 70kg. Jom tengok sekarang pula selepas 16 bulan bersalin sambil tu menyusukan anak.


December 2014, berat sekarang 53kg dengan premium beautiful dan amalkan pemakanan sihat. Nak tak Sue share cara pemakanan yang betul?


Antara menu yang Sue ambil semasa sarapan pagi. Mineral coffee wajib kerana memberi tenaga, kalsium untuk susu dan tulang serta kurang kafein tidak menyebabkan migrain. Garambuluh pula bersifat alkali yang membantu sembuhkan gastrik.


Untuk makan lunch, sue ambil makanan berprotein tinggi. Protein akan ditukarkan menjadi tenaga dan menghasilkan otot. Karbohidrat yang banyak menyebabkan lemak disimpan dalam perut dan peha. Ok apa menu minum petang dan makan malam?



Amalkan set bajet kurus yang mengandungi mineral coffee untuk memberikan tenaga dan khasiat pada susu badan. 2biji garlic tablet untuk buang angin dalam badan serta meningkatkan metabolisma badan, serta minum segelas BVAlfalfa untuk singkirkan lemak dan kolesterol lama dalam badan. Alfalfa juga berfungsi untuk hasilkan susu.

Ok apa aktiviti senaman ringan yang sesuai?



Untuk ibu yang sibuk berkerja, ini antara senaman ringan yang Sue buat untuk kuruskan badan tanpa jejaskan penghasilan susu. Alhamdulillah Husna dah 16 bulan dan masih ada rezeki menyusu. Breastfeeding ni perlukan usaha dan bukanlah kerja mudah, sama juga seperti nak turunkan berat badan. Kita perlu berusaha untuk dapat yang terbaik. 

OK for those yang nak try Premium Beautiful dan setbajetkurus, just PM Sue 012-6842560

Selamat Berjaya,

Suhaili Isa






Monday, December 22, 2014

GLAM Pretty Women 2014

Assalam readers,

Ingat tak event GLAM Pretty Women, featuring Raisyyah Rania atau Felixia Yeap sebagai special guest tu? Alhamdulillah the event went well and succeed. Sebagai salah seorang ahli jawatankuasa untuk majlis tersebut, Sue ingin mengucapkan terima kasih pada semua yang hadir.




GLAM Pretty women bermula dengan slot Premium Beautiful: Design and Technical by Hai-O representative, 2 hours lunch break, Marine Essence beauty product, Cozuma makeup and makeover session and followed by Beauty tips by special guest Raisyyah Rania or RaRa. 



Semua yang hadir pada majlis tersebut sangat beruntung kerana diberikan penerangan yang teliti tentang Premium Beautiful dan produk yang lain. Sijil penyertaan dan sijil perakuan sebagai Ejen Premium Beautiful terlatih turut diberikan kepada mereka yang hadir. Jom check out some photos during the event.




penerangan cara memakai premium beautiful yang betul


Makeover session dengan cozuma cc cream dan festivo eyepallette

1 hour get to know RaRa session


Seramai 100 peserta yang hadir dimajlis tersebut.Apa yang menarik hati,kami diberikan panduan makeover menggunakan cozuma eye pallete. Overall we enjoyed ourselves during the intensive course. Kemuncak majlis yang dinantikan apabila slot temubual bersama Raisyyah Rania tentang bagaimana dia mula berhijab dan memeluk islam. Jangan tak tau yang RaRa ni peminat designer handbag. Banyak tips social media dan branding yang diberikan oleh beliau sesuai untuk digunakan oleh kami Glampreneurs.

Nak tengok lagi gambar sekitar sebelum majlis berlangsung serta semasa event? Jom tengok gambar happening ni!!



with my business team yang hadir pada hari tersebut


Cozuma lipstick berkolagen tanpa retouch. Sangat best

Marine essence beauty range untuk kulit muka bebas jerawat dan eczema

Antara mereka yang hadir memeriahkan majlis antaranya CDM Hanis haizi, CDM Shaliza Aziz, CDM Naa kamaruddin serta rakan-rakan kongsi #thediamondcircle.







Looking forward for more events and intensive course in 2015. Seronok bila berbisnes dengan bantuan team yang kuat membantu mempromosikan kami sebagai ejen Premium Beautiful terlatih. So are you looking for business opportunity that provide free seminar, training, mentorship system and lots of group fun activities? Do not hesitate to contact me your Business Consultant.


XOXO,
Suhaili Isa
012-6842560

Friday, December 19, 2014

Isteri dan kisah baju kelawar

18 December 2014,

Pagi-pagi Sue dah kemas wardrobe buat spring cleaning. Berhelai-helai baju kelawar Sue kumpulkan letak depan pintu bilik. Niat nak bagi pada orang yang memerlukan. Merajuk dengan husband, habis baju kelawar dihumbankan. Heheheheh apa kes???

Kes minggu lepas, Sue dan husband baru je sampai rumah dari ambil anak-anak pukul 8 malam. Sampai je di rumah; Sue terus tukar baju kelawar sebab senang dan selesa nak buat kerja-kerja rumahkan? Haaaa...kalau perempuan yang dah berstatus ibu beranak lebih daripada 2 orang dan takde maid yang membantu ni, memang wajib rasanya ada baju kelawar dalam almari.

Tengah si isteri sibuk membasuh baju dan pinggan mangkuk, datangla encik husband yang dah siap mandi turun dari tingkat atas rumah, tercari-cari si isteri di dapur. Bila nampak je si isteri dengan baju kelawar corak bunga sambil sinsing lengan, sedap dan laju je ayat perli keluar dari mulut encik suami.

" Ish...takde baju lain ke nak pakai? Pakai baju kelawar serupa orang tua la awak ni. Balik rumah je selekeh. Tadi kat luar boleh je pakai baju cantik-cantik. Ni sampai rumah serupa orang gaji Indonesia"

Ha...kau, tak sentap si isteri dengar ayat manis dari encik suami ni?? Apa lagi Sue tarik muncung boikot encik suami malam tu. hehehehhe sebenarnya bagus juga sekali sekala suami kita tegur cara isteri berpakaian di rumah. Bila kat rumahla kita patut memakai pakaian yang cantik dan memikat suami. 

So sejak dari malam tu, Sue dah tak sentuh dan pakai langsung baju kelawar bila di rumah. Baby-T, slim fit t-shirt dan palazzo akan menjadi pilihan di rumah sebagai uniform Sue untuk buat house chores.

Jangan ambil mudah ye isteri-isteri sekalian, walaupun usia perkahwinan dah lebih 10 tahun, itu bukan alasan untuk kita tak berpakaian cantik depan suami. Pakailah baju yang mengikut bentuk badan di rumah selalu. Bentuk badan pula mestilah dikekalkan seperti zaman anak dara dulu. Kalau rasa badan dah macam kene pam, pakai premium beautiful supaya badan berbentuk cantik.

Tapi ada segelintir isteri yang kata, 
" suami saya tak kisah saya selekeh di rumah. Gemuk pun dia tak kisah"

Jawapan saya : You all pasti suami tak kisah? You all pasti yang suami kita tak tengok perempuan lain di tempat kerja yang berpakaian cantik dan berbadan kurus? Lumrah kita manusia tak kira lelaki atau perempuan, semua suka pada benda yang cantik. Jadi tak salah pun kalau kita sebagai isteri jaga kecantikan. Asalkan tak mengubah ciptaan asal Allah SWT.

Baju kelawar kontroversi yang menyebabkan isteri kecik hati pada suami

Mungkin ada yang tak sependapat dengan Sue, tapi ini realiti yang Sue share pengalaman hidup berumahtangga kami, (Rosharizal rosli & Suhaili Isa). Semoga ikatan perkahwinan kami kekal hingga ke Jannah, Aminn...


XOXO,

Suhaili Isa

Wednesday, December 17, 2014

Bila Suhaili Isa menjadi model

Hai you all...

Sabtu lepas Sue ada photoshoot untuk business profile. Kekok rasanya kene beraksi depan kamera. Haaa... Nah la tengok gambar sneak peek photoshoot thediamondcircle. Kalau akak ada bakat jadi model, bolehlah contact no handphone tertera di profile. Hahahaha!!!! Enjoy


Lokasi: The Shutterism Studio, Shah Alam

Photographer : Hafiz Atan

                                              "Be brave, be Beautiful"

XOXO,

Suhaili Isa
premium beautiful



premium beautiful







premium beautiful expert


Mereka yang tak kedekut ilmu untuk share cara bisnes mereka sehingga berjaya


Sunday, December 14, 2014

Restaurant review : Fiske steakhouse AU keramat

Assalam readers,
Lama Sue tak menulis entry. Bukan apa, minggu ni memang Sue busy dengan aktiviti business dan family. Tapi dalam kesibukan tu, sempat juga bawa ayah tercinta Mohd Isa Ibrahim makan steak di Fiske Steakhouse sempena hari ulangtahun kelahiran yang ke-63. Haaa....unikkan nama kedai tu.

Terletak di medan selera Taman Keramat AU, Fiske steakhouse menawarkan makanan barat dan juga Asam pedas Melaka. Waktu beroperasi bermula 12 tengahari - 12 tengahmalam.

Antara menu yang disediakan di Fiske steakhouse dengan harga berpatutan dan kualiti makanan yang sama baiknya dari restoren gah seperti Tony Roma, Victoria Station, TGI dan banyak lagi. Sekiranya anda membawa family, datanglah ke Fiske Steakhouse kerana harganya yang sangat berpatutan.
Grilled dory dan side dishes
Grilled beef steak with side dishes
Harga makanan di Fiske sangat berpatutan. Paling mahal salmon grill berharga RM 30-40 sahaja. Semua makanan di bawah RM 40. Minuman gelas besar berharga RM 3-4.

Apa yang Sue suka, makanan akan sampai 15 minit selepas order. Cepatkan?? Memang sedap makanan di sini.

Mungkin ada kekurangan dari segi parking lot sahaja. Setiap hari restoren akan full house. So better call and book your seats.

See you all in the next entry on Felixia yeap.


XOXO
Suhaili Isa

Thursday, December 4, 2014

Pakaian dalam penyebab badan gemuk???

Assalam ladies,


Harini entry Sue nak cerita kesan buruk pemakaian dan pemilihan pakaian dalam yang salah. Wanita dianugerahkan Allah dengan rekabentuk tubuh badan yang sememangnya untuk menyimpan lemak. Berbanding tubuh lelaki yang lebih menyimpan otot.

Sekiranya lemak di dalam badan wanita tidak dialihkan dan ditempatkan pada bahagaian yang betul, kegemukan, perut buncit dan masalah obesiti akan berlaku. Jom tengok antara kawasan yang banyak terdapat lemak pada badan kita.



Kawasn bertanda merah tempat pengumpulan lemak



Jadi sekiranya kita tidak mementingkan pemilihan pakaian dalam yang menyokong dan menolak lemak ke bahagian sepatutnya, lemak akan terus berkumpul dan menyukarkan untuk proses menurunkan berat badan. Apa kesan buruk pemilihan pakaian dalam yang salah? 




premium beautiful

  1. Masalah lemak berlebihan di belakang badan. Lokasinya di bawah kancing bra kita. Apabila kita memilih bra yang tidak betul, lemak akan melimpah dari buah dada dan tersebar ke belakang badan, lengan dan perut. Sekiranya   kita malas untuk bersenam, lemak degil akan terus berkumpul dan semakin susah untuk dihilangkan.
premium beautiful
Nampak tak lemak berlipat di bahagian tengah badan?

      2. Masalah tekanan pada bahu oleh tali bra yang halus dan tidak dapat menampung berat buah dada. Ada yang sampai melecet dan luka.Tapi masih ramai yang tidak ambil peduli kesihatan badan masing-masing. 
         

premium beautiful
Lekuk pada bahu menandakan tali tidak dapat menampung beban

           3. Pemilihan cup bra yang tidak sesuai akan menyebabkan lemak dari 
            buah dada di tolak ke bahagian perut dan menyebabkan lemak 
            berkumpul di perut kita. Sebab tu ramai yang kurus tapi perut masih 
            buncit serta buah dada jatuh dan leper.

premium beautiful
Cup tidak menyokong dan menyebabkan kesan meloyot, leper dan perut buncit


          4. Pemilihan seluar dalam yang salah boleh menyebabkan lemak dari 
             punggung di tolak ke peha menyebabkan punggung leper dan peha 
             semakin besar serta berselulit


Lemak dan selulit semakin banyak dengan penggunaan seluar dalam biasa

Oleh itu, pilih pakaian dalam yang sesuai yang dapat menampung, menolak lemak sekaligus membakar lemak supaya badan lebih tersusun, rapi, kurus dan mengekalkan bentuk.



premium beautiful
My Body, My treasure

Treasure your own beauty ladies,see you in the next entry.

XOXO,

Suhaili Isa


Monday, December 1, 2014

Bengkel kecantikan bersama Felixia Yeap

Assalam ladies,

Haaa.....nak jemput semua blog readers Sue untuk luangkan masa bersama Sue dan glampreneur yang lain dalam bengkel kecantikan dan kesihatan yang bakal diadakan seperti poster di bawah.

Glam event : Beautiful is young
Date : 14th December 2014
Time : 8.30am-5.30pm
Venue : TTDI, Kuala Lumpur
Attire : Smart Casual
Fees: RM 50 (Lunch included)
Special guest : Felixia yeap
Certificate of attendance will be given to all participant

Bengkel kecantikan dan kesihatan ini akan dimulakan dengan sesi:-

1. Penerangan tentang Premium Beautiful
2. Cara memilih pakaian dalam yang sesuai untuk bantu turunkan berat badan.
3. Cara diet dan pemakanan yang baik untuk penurunan berat badan
4. Tips kecantikan, makeup dan grooming dari selebriti Malaysia


So hurry up ladies, book your ticket with me at

Suhaili isa 012-6842560
email : suhaili1984@gmail.com

SPREAD THE NEWS, FOLLOW ME ON INSTAGRAM, FACEBOOK & BE A FOLLOWER OF MY BLOG. TWO(2) LUCKY PERSON WILL BE JOINING ME FOR A DAY DURING 'GLAM PRETTY WOMEN'

SEE YOU THERE!!!


LOVE,

Suhaili Isa
www.suerizal.com


Monday, November 24, 2014

Selamat Pagi Semua

Bila dah start cuti sekolah, jalan raya pun lenggang. Untuk mommies yang berkerja tu, waktu ni lah ada masa lebih sikit untuk bersiap ke tempat kerjakan? Selalu mesti rushing nak tempuh jalan jem, kadang-kadang sampai terlupa bawa handbag atau phone. Hehehhe ni cerita pengalaman sendiri waktu berkerja dulu.

Nak cerita kisah benar time Sue masih berkerja di Kajang. Sue akan bangun seawal 5.30 pagi nak siapkan diri, solat, breakfast dan anak-anak sebelum drive ke ofis. Rumah sue di Sungai Buloh, jadi untuk ke Kajang mengambil masa 2 jam perjalanan melalui MRR2 disebabkan trafik sesak. Pernah satu hari Sue terlewat bangun disebabkan the night before balik kerja pukul 11 malam; dalam keadaan rushing nak ke tempat kerja sampai lupa hantar anak-anak ke pengasuh.

Disebabkan kene patah balik hantar anak-anak, masuk office pun lewat and the worst thing was that day Sue ada presentation to client. Lagi memalukan bila sedar baju yang sue pakai terbalik. Hehehe..kenangan sampai sekarang. Tabik hormat to those working mom yang pikul banyak tanggungjawab. Satu tips yang nak sue kongsi, amalkan minum segelas mineral coffee untuk tambah tenaga para ibu berkerjaya.

Add caption


Mineral coffee bersifat alkali, tanpa gula,kurang kafein dan kaya dengan kalsium, magnesium dan zat besi untuk tenaga berpanjangan. Sesuai juga beri suami kita minum untuk tambah tenaga. Ok selamat berkerja ladies, Sue nak bersiap pegi shopping.

Salam sayang,

Suhaili isa
012-6842560